Assalamualaikum .
Hello =)
Hello =)
Sejak dua tiga bulan lepas, fiza dh mula berhati-hati dalam soal nak pilih untuk pakai skincare atau lotion kat muka dan badan . Fiza dapat banyak nasihat daripada adik dan kawan-kawan untuk jaga bab tu . Mereka cakap, kalau boleh buat sementara ni, jauhi produk yang ada chemical atau dengan kata mudahnya, guna produk yang mengandungi bahan semulajadi je . Sampai satu tahap tu, fiza biarkan kulit ni tanpa pakai apa-apa pun, tapi lama-lama jadi tak best pulak . Melampau pulak kusam dia . Fiza kan keje bukan stay kat pejabat je, ada masanya terpaksa bertugas di luar pejabat, berpanas . Keadaan cuaca yang macam tu buat kulit jadi tak best . Kering, kusam , lepas tu naik biji-biji comel halus :p
Bila dah macam tu, tak mungkin fiza nak biarkan je kan. Jadi fiza pun cuba lah cari produk yang selamat dan sesuai untuk kulit fiza ni . Fokus untuk muka dan badan . Lepas puas memilih , maka fiza decide untuk guna mereka ni,
Cosmoderm Luminous Pearl Day Active Protector dengan SPF 50 tu dah dua tiga bulan fiza guna . Harga dia RM49 untuk 30ml Kandungan bahan dalam produk ni tak ada chemical berbahaya serta bagus untuk perlindungan kulit dari cahaya matahari . Jadi, sesuai la dengan kulit muka fiza yang selalu terdedah tengah panas ni .
Perlindungan untuk wajah dah selesai dan alhamdulillah, serasi dengan kulit muka ni. Jadi misi seterusnya mencari produk untuk elakkan kulit badan terutama bahagian perut dari stretch marks pulak. Untuk elakkan masalah ni, dalam kepala memang fiza dah fikir nak beli apa dan memang produk ni je yang setakat ni fiza percayai, sebelum ni fiza pernah guna untuk hilangkan parut dan alhamdulillah, berkesan . Parut jadi pudar , kulit pun tak kering . Bio Oil , produk ni memang popular di kalangan wanita untuk masalah regangan kulit dan nak hilangkan parut dari dulu lagi :) Memang berminyak sikit tapi bila dah usap-usap kat kulit, dia meresap, takde la nampak kesan minyak tu . Kulit pun jadi lembab dan cantik je . Harga Bio Oil ni kalau tak silap masa fiza beli tu RM35 untuk 60ml .
Dua produk untuk muka dan badan dah ada, tapi masih tak puas hati lagi . Haha, nak cari pulak pencuci muka lain untuk puas hati sikit bila cuci muka. Fiza memang perangai sikit bab pencuci muka ni, payah nak jatuh cinta .Pencuci muka yang fiza guna sebelum ni macam tak cuci habis je muka, bila basuh ada lagi kesan-kesan kotoran kat muka , tak best! Hampir sebulan jugak bertahan duk guna tapi tetap tak puas hati . Sekali tu, fiza masuk bilik air kedua kat rumah ni, dan ternampak ada satu pencuci muka yang dah tak asing dari pandangan mata fiza ni , yaa, pencuci muka adik lelaki fiza , dia tertinggal agaknya . Haha, terus fiza ambik buat hak sendiri nak cuba guna . Tapi takdenya cuba, sampai habis fiza guna :p Best oikkk . Dan semalam yang adik punya dah tinggal sisa terakhir, kena la fiza beli sendiri pulak . Bioglo , dua-duanya pencuci muka tapi untuk kesan berbeza . Warna oren untuk kawalan minyak dan warna putih tu untuk memutihkan . Produk ni beli kat Cosway, dan hari bertuah untuk fiza semalam sebab masa pergi tu, cosway tengah buat sale untuk ahli . Harga biasa untuk kedua-dua produk ni sepatutnya RM17.50 satu untuk 150g, tapi semalam memang jimat sangat sebab fiza dapat beli dengan harga RM19.00 untuk keduanya sekali.
Ohh, Aloe Vera Natural tu pun baru nak cuba guna . Semalam fiza ke Klinik sebab demam dan bintik merah kat badan naik makin banyak . Risau takut campak tu yang terus jumpa doktor . Tapi alhamdulillah, doktor kata itu cuma alahan biasa dan dia syorkan sapu lotion . Fiza tak berapa nak terpikat lagi dengan sebarang jenis lotion jadi fiza gantikan dengan Aloe Vera ni . Bergilir guna dengan Bio Oil . Masa mula-mula sapu tu rasa melekit jugak, tapi lama-lama bila dia dah meresap, kesan melekit tu hilang . Btw, aloe vera ni kegunaan dia bukan sahaja untuk melembabkan kulit ya, tapi boleh juga guna untuk rambut, kuku, sebagai pelembab untuk relax kan mata (sapu aloe vera kat cotton pad, letak kat mata) dan banyak lagi lah . Sebelum ni fiza cuba guna lendir lidah buaya yang asli dari pokok dia tu tapi tak tahan bau, kuat betul sampai pening kepala . Guna je yang dah di ekstrak ni senang :)
So, ni la dia produk yang fiza sedang guna sekarang dan fiza happy dengan penggunaanya. Harga pun mampu milik je semuanya. InsyaAllah selamat dah terhasil dari sumber bahan yang semulajadi :)
yang aloe vera soothing gel memang bagus..saya pun pakai..rasa lembap jea kulit muka lepas sapu..
ReplyDeletelisa pun pakai yang aloevera tu . letak dalampeti sejuk.. rasa sejuk2 gitu . dulu time kena sunburn pakai itu terus cpt elok ja ... since that la amalkan pakai aloevera tuk muka.dah masuk bekas ke 3
ReplyDeletealoevera tu memnag best
ReplyDelete