Kempen Wang Bersama SHOPEE

Assalamualaikum .

Hello =)

Siapa kat sini yang hantu membeli-belah online macam fiza? haa comfirm ramai. Zaman sekarang ni nak jimat dan senang, memang beli secara online je. Macam fiza kan, sepanjang pantang hari tu, hampir setiap hari buka website itu ini untuk survey nak beli barang. Dah nak keluar tak boleh, so kita mengadap telefon je lah, Bukan mengadap saja, sekali dengan duit terbang.haha. 

Oh by the way, untuk shopping dihujung jari ni, website yang selalu fiza habiskan duit hanya di Shopee Malaysia je. Banyak website lain yang fiza buka, belek-belek tapi last-last tetap beli kat shopee jugak. Entah la, daripada mula kenal Shopee ni, dah memang jatuh cinta nak shopping kat sini. Murah, friendly dan banyak giler pilihan! Nak deal dengan seller pun senang. Kalau dulu, fiza selalu shopping barang make up dan aksesori sekarang sejak ada baby, barang sendiri langsung tak beli, jadi ketagih shopping barangan baby. Serius korang, barang-barang baby memang banyak pilihan dan harga dia jauh lebih murah daripada tempat lain. Sepanjang cuti hari tu, seminggu tu dua tiga kali posmen datang hantar barang kat rumah. Punya la tinggi obses aku dengan shopee ni .haha.

Sempena Tahun Baru Cina ni, korang yang suka shopping di Shopee boleh menikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang akan berlanjutan sehingga 25 Februari ni. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelbagai keperluan boleh kita didapati di Shopee. Selain itu, kita juga boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah untama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. fuhh lumayan hadiah dia tu. 


Promosi Shopee tak terhenti sampai Tahun Baru Cina je tau, ianya akan diteruskan lagi dengan perlancaran Kempen Hari Gaji bermula 26 hingga 28 Februari 2018 yang akan menyediakan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. So, kepada adik-adik yang dah habis SPM dan ingin membuat persedian untuk sambung belajar ke peringkat IPTA/IPTS, dah boleh mula survey laptop kat Shopee ni. Harga dia memang murah daripada kat kedai. 

Nak senang, install je aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee Malaysia

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah,selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.


Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihandi rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik,perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my



Comments

  1. Jom shoppinggg.. kakya dah shopping daaa hehehe

    ReplyDelete
  2. Yeayyyy jom shopping,kak sue beli beg tarik ngan foundation farmasi cosmetik heheheheh

    ReplyDelete
  3. Dari semalam duk survey barang kat Shopee haha ..

    ReplyDelete
  4. Lamanya dah tak shopping online, menarik pulak promosi Shopee ni!

    ReplyDelete
  5. Terjebak sudah..ade la dalam bakul tu dok simpan..masih mood window lagi..huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤