Buffet Ramadhan 2018 Murah dan Pelbagai Pilihan Juadah Berbuka di Restoran Bangi Golf Resort

Assalamualaikum .

Hello =)

Seperti dah menjadi satu tempat wajib untuk dikunjungi setiap kali Ramadhan datang sebagai pilihan tempat berbuka, pada tahun ni pun fiza tak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis pilihan makanan buffet ramadhan 2018 yang terdapat di Bangi Golf Resort. Untuk tahun 2018 ni, Restoran Bangi Golf Resort sekali lagi akan menggembirakan tetamu dengan pelbagai hidangan eksklusif di buffet ramadhan bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.
Korang yang pernah berbuka di sini atau yang tak pernah mencuba masakan di sini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan menikmati juadah yang disediakan oke. Kenapa fiza kata BGR salah tempat yang patut korang cuba? haa ni sebab dia,

DIsahkan halal 
Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017

Murah dan Berbaloi!
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak. 

Sajian Eksklusif
Antara masakan popular yang disediakan ialah Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta koey teow goreng dan mee mamak yang digoreng panas-panas .






Hidangan Barat Moden
Di seksyen Barat, akan disediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti sous vide eggs dengan cendawan espuma. Untuk hidangan yang lain, turut disediakan lasagna ayam dan spagheti carbonara.



Masakan Melayu dan Tradisional
Menonjolkan bahan mnetah yang ditanam sendiri di 'kebun dalam bandar' berlokasi di dalam premis BGR sendiri, chef sendiri yang akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika buffet ramadhan. Apa yang menyelerakan ialah hidangan nasi kerabu, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru nasi kerabu pula datangnya dari kelopak bunga telang yang juga ditanam dikebun BGR. Tidak ketinggalan juga, pada tahun ni juga terdapat laksa sarawak dan laksa singapura.



Sajian Timur yang disediakan sempurna
Dengan menggunakan teknologi terkini dalam menyediakan hidangan timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan nasi ayam hainan yang dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus hebat. Selain itu terdapat juga daging masak lada hitam dan juga hidangan baru filet ikan goreng dengan sos mentega.Uhh yummeeyhh

Pelbagai pencuci mulut
DI BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Fiza pun kalau pergi makan kat sini, pencuci mulut la yang fiza terkam dulu. haha. Antara yang bestnya ialah churros sepanyol dengan sos cokelat pekat, tiramisu itali, pelbagai kuih muih melayu serta puding , agar-agar dan buah-buahan. Tak dilupa gelato yang disediakan segar dengan perasa durian dan bunga kantan. Untuk tahun 2018, ada tambahan pencuci mulut yang disediakan seperti salted caremel brownies, bandung lychee cheese cake, pina colada cheese cake dan banyak lagi.






Harga istimewa untuk durian
BGR akan menerima tempahan untuk durian musang king (RM110/sekotak) dan D24 (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk iftar dan hari raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/



Persembahan secara langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula jam 6.30pm hingga 9.30pm

Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan oleh BGR untuk tetamu

Surau disediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu

Haa, banyak kan kelebihan yang terdapat di buffet ramadhan Bangi Golf Resort ni. Selain itu, pada tahun ini, BGR akan menyumbangkan sebanyak 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2018 ni juga, BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari buffet ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

So korang, apa tunggu lagi, cepat-cepat buat tempahan untuk menikmati pelbagai juadah berbuka di Restoran Bangi Golf Resort ni ya!


Info Lanjut

Alamat :
No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
(koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E)

Tempahan dan Pertanyaan :
1700 81 8557

Email :
sales@bgrrest.com

Facebook :

Instagram :


Comments

  1. mimin dah feel feel ni ramadhan , sebab tengah ganti puasa. terliur pulak. ehh. hahaha

    ReplyDelete
  2. bnyak2 buffet yg ni la meriah and murah

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤