Assalamualaikum .
Hello =)
Hello =)
Sebut je jerawat, mesti semua tak suka. Tahap tak suka tu sampai kalau naik sebiji je pun dah rasa macam arghhh, teruknya rasa muka. Lepas tu, mula la nak mencuba macam-macam petua, macam-macam produk untuk hilangkan jerawat tu . Fiza sendiri pun macam tu, kalau setakat jerawat kecik-kecik manja-manja tu tak pe la, ni sekali tertengek yang jerawat batu tu, haa murung jugak rasa. Cuma fiza ni satu je masalahnya, bila timbul jerawat, tangan ni cepat je nak picit..geram! Zaman sekolah dulu fiza suka sangat picit, naik kecik pun nak picit, akibatnya, parut penuh kat muka dan jerawat makin banyak naik :'( Perlu ingat ye, bila kita picit jerawat ni, kemungkinan untuk jerawat naik kat tempat lain pulak memang tinggi dan bisa kuku tu boleh buat kulit berparut. Azab jugak nak hilangkan parut tu. Sebab tu memicit jerawat ni sangat perlu dielakkan.
Memang banyak produk untuk hilangkan jerawat di pasaran sekarang, tapi yang merisaukan ada sesetengah produk tu boleh menyebabkan kulit jadi kering dan kerengsangan. So kali ni fiza nak share dengan korang tentang satu produk ni yang boleh selesaikan masalah jerawat kat muka kita. Eucerin, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan sahaja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.
Apa Kelebihan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment?
Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ni direka dan diuji khas untuk,
- Membersihkan pori yang tersumbat
- Mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat
- Mengekalkan kelembapan kulit.
Ini kerana formula yang digunakan dalam menghasilkan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment ini adalah terdiri daripada bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan dalam mengawal kerengsangan untuk kulit lebih licin dan sihat iaitu yang terdiri daripada,
➤10% Hydroxy Complex, kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik), PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P.acnes. dan menanggalkan sel kulit mati.
➤Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsangan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.
➤Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembab yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Contest Sahut Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 Hari
Oleh kerana banyak respone positif yang diterima daripada pengguna setelah penggunaannya yang konsisten dalam masa 14 hari, Eucerin telah mengadakan contest cabaran bebas-jerawat 14 hari melalui 2 langkah mudah ini ,
1) Langkah Pertama : Ambil gambar kulit anda pada hari pertama penggunaan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment dan hari ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari.
2) Langkah Kedua : Poskan gambar sebelum dan selepas anda dan kongsikan pengalaman korang menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Senang sangat caranya kan, so korang apa tunggu lagi, cepat sahut cabaran ni dan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin bernilai RM5000, Tempat Kedua akan membawa pulang produk Eucerin bernilai RM2000 dan lima pemenang bertuah akan memenangi produk bernilai RM1000 setiap seorang.
Masa Eucerin ni sampai kene pulak timing tiba-tiba jerawat timbul seketul kat dagu. Macam tahu-tahu je kita nak ber-ekpresrimen tentang dia. Jadi, fiza apa lagi, terus menyahut cabaran Bebas-Jerawat 14 hari Eucerin ni. Fiza cuma sapu Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment ni kat tempat jerawat timbul tu je sikit dan tak sampai 14 hari pun, jerawat hilang. Kesan parut pun takde.
Alhamdulillah, puas hati guna. Thank You Eucerin!
Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (dulunya dikenali sebagai Eucerin DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembab, skrub, serum dan pelembab siang. Korang boleh dapatkan produk ni di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.00 .
Comments
Post a Comment
Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)
❤Love to be loved❤