Resepi Ayam Goreng Percik

Assalamualaikum.

Hello =)

Hi korang! rasanya dah lama sangat dah fiza tak share apa-apa resepi kat sini. Maklum la, sekarang ni jarang sangat masak masakan yang berat dan banyak bahan. Paling simple sekarang fiza suka masak sup ayam, atau sup sayur ditambah dengan lauk ayam goreng atau telur dadar. Atau paling kerap fiza suka buat ayam masak merah atau ayam kicap. Senang dan cepat siap. Tu pun dalam seminggu skip jugak sehari dua daripada berperang kat dapur. 

Hari Jumaat lepas, fiza terr rajin sikit nak masak ayam percik. Fuhhh lamanyaa tak makan ayam percik ni, favourite forever nih. Jadi hari ni fiza nak share resepi ayam percik versi fiza kat sini. Rumah fiza takde pembakar, so ayam percik ni versi ayam yang di goreng punya. Sebenarnya nak masak ayam goreng percik ni takde la susah, senang sangat. Ramadhan dah nak dekat ni, boleh la buat salah satu menu berbuka nanti :)




Ayam Goreng Percik 


(Untuk 2-3 orang makan)

Bahan-bahan 

(Bahan Kisar)
Halia - 1 Inci (lebih kurang)
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 5 ulas
Serai - 2 batang

Ayam - 1/2 (saiz besar)
santan - Sekotak (200ml) + Air
belacan - secubit (bakar)
kunyit - agak-agak sendiri je ( fiza guna kunyit serbuk)
asam keping - 1 keping
Cili kisar/cili boh - sesudu besar
Gula Merah / Nnise - racik 1 sudu besar (Kalau takde boleh guna gula)
Tepung jagung - 1 sudu kecil (Optional - untuk pekatkan kuah)
Garam - cukup rasa

Cara-cara

1. Bahan yang dikisar / blend, bahagikan kepada 2 bahagian.

2. Perap ayam dengan 1 bahagian bahan yang siap diblend tadi bersama sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga masak dan ketepikan.

3. Didalam kuali,masukkan santan, satu lagi bahagian bahan kisar, belacan, kunyit, asam keping dan cili kisar/ cili boh.

4. Kacau hingga mendidih kemudian masukkan tepung jagung dan gula melaka. Masukkan garam.
Apabila kuah sudah pekat.Tutup api dan boleh dicurahkan ke atas ayam goreng tadi.

Siap!


*Jadi warna kuning sebab letak kunyit, kalau tak suka, jangan letak kunyit.

Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤