Persedian Mulakan Solid Food Untuk Anak

Assalamualaikum .

Hello =)

Lagi dua hari, Noah dah masuk 6 bulan. Ya Allah cepatnya masa, rasa cepat betul awak membesar sayang. Bila anak dah nak masuk 6 bulan, seperti masuknya permulaan fasa lain untuk anak dan juga mama ni ha. Dan sama seperti mommies lain rasa, fiza pun turut rasa bagaimana terujanya nak mulakan makanan pertama untuk anak. Teruja yang teruk oikk *nak nangis pun ada ni.uhukk.


Noah masuk 6 bulan pada 07 Mei ni, tapi dari apa yang fiza baca dalam Garis Panduan KKM, bila cukup je anak masuk usia 180 hari, kita dah boleh mula bagi solid food dah kat anak. Kalau nak kira 180 hari, esok Noah dah genap dah. Fiza pun sebenarnya ingat nak mulakan esok. Tak sabar punya pasal kan.haha. Lagipun, esok umi ada, so boleh la umi guide :) Umi pun tak sabar tu nak bagi cucu dia makan makanan pertama tu. Noah pun lately ni kalau tengok orang makan kemain tak berkelip mata, lepas tu siap telan ailio, lidah duk main gusi. Fiza kalau makan, memang sebolehnya tak bagi Noah tengok, kesian sangatt macam terliur tengok orang makan

Sebagai persediaan untuk mulakan makanan untuk Noah, benda pertama yang fiza beli ialah food processor ni, brand Autumnz. Sebelum beli, kemain banyak review fiza baca dan survey di banyak tempat harga dia. Mula tu ingat nak beli kat Lazada atau Shopee, harga dalam RM185. Memang murah berbanding beli kat kedai. Tapi mungkin rezeki Noah, hari tu masa event kat Tateh bangi, dapat voucher beli barang kat situ. So bila tengok harga, dapat lagi murah dari  beli online, terus fiza beli :) Alhamdulillah . Kenapa fiza pilih Autumnz? sebab dia 2 dalam 1, boleh steam dan terus blend :) 


Selain food processor, tools lain yang fiza beli macam dalam gambar kat bawah ni,



Fiza beli semua ni kat Manjaku Presint Diplomatik Putrajaya, sementara masih ada promosi ni, dapat la murah sikit harga. 

Buah-buahan untuk buat puree sebagai makanan awal Noah ni fiza tak beli lagi, dan plan dah dalam kepala ni nak bagi apa nanti tapi taknak share lagi kat sini, takut last minit kang tukar menu lak. Nanti dalam next entry fiza kongsikan apa yang Noah makan dan macam mana penerimaan dia. Berdebar jugak ni dan tak sabar nak tengok reaksi anak nanti :')


Comments

  1. besar dah babyboy.. aunty mimin tak sempat jumpa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah besar dah auntie cantik.hihi, nanti ada jodoh kita jumpaa ya <3

      Delete
  2. teruja kan bagi anak makan..lama gak aim steam baby processor tu, tapi memang mahal..tu pendam jela..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki nad beli nanti. Terujaa sangat nad.hahaha, suap anak, masuk mulut mama skali :p

      Delete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤