Assalamualaikum .
Hello =)
Hello =)
Pada tahun ini, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) meneruskan tradisinya dengan aktiviti amal bagi mengimarahkan bulan yang mulia dan penuh barakah melaui program berbuka puasa PICC bersama anak-anak yatim di Restoran Pot&Pan. Dan pada tahun ini juga, fiza lagi sekali diberi peluang untuk menyertai program amal ini sambil menikmati juadah enak di PICC.
Program ini dianjurkan oleh pihak pengurusan PICC, Convention dan Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X) dengan kerjasama pihak media . Dalam program ni, lebih kurang 100 orang anak yatim daripada 3 buah rumah anak yatim diraikan. Kebanyakan anak-anak ini berumur sekitar 4 hingga 12 tahun, happy fiza tengok wajah mereka masing-masing :)
Objektif program ini adalah untuk berkongsi erti keriangan Ramadhan dengan anak-anak yatim ini. Mereka juga turut disajikan dengan hidangan-hidangan istimewa seperti Kambing Bakaq Golek, Koey Teow Tomyam, Laksa Thai, Pulut Mangga, Somtam, Laksa Kedah, Ikan Sekoq, Ayam Percik Golek, pelbagai jenis sup power, Kuih Keria PICC, Nasi Arab Khabsa dan Mandy. Selain itu, terdapat juga demonstrasi memasak secara langsung oleh barisan chef-chef berpengalaman.
Selain menikmati juadah enak berbuka puasa, anak-anak yatim ini turut menerima sumbangan duit raya serta cenderahati setiap seorang. Turut hadir di majlis iftar ini ialah Presiden Perbadanan Putrajaya merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Co-X dan Putrajaya Leisures and Services Group Sdn.Bhd (PULSE Group), Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, ahli-ahli Lembaga Pengarah Co-X serta pihak pengurusan kanan PICC.

alhamdulillah..sama2 kogsi rezeki.
ReplyDeletemacam sedap jee tu
ReplyDelete