Keluarkan Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Serendah RM5000!

Assalamualaikum .

Hello =)

Siapa kat sini pernah terfikir untuk ada produk berjenama sendiri? Fiza pun selalu berangan tau, cita-cita nak ada produk berjenama sendiri, nak ada company sendiri. Korang pun mesti ada yang berangan macam ni kan, tambah-tambah sekarang ni ramai yang makin berjaya dalam bidang perniagaan. 

Bila fikir je pasal keinginan nak keluarkan produk jenama sendiri, dalam kepala mesti fikir pasal modal besar yang perlu dibelanjakan, nak kena cari kilang, , nak ada pekerja, kalau keluarkan produk kecantikan atau supplement pulak, nak kena melalui prosedur makmal dan macam-macam lagi lah yang biasa kita fikir bila nak memulakan bisnes macam ni. Memang, bila semua ni muncul dalam kepala, angan-angan tu macam tersimpan je dalam hati .

Dalam entry kali ni, fiza nak berkongsi dengan korang macam mana nak realisasikan impian korang yang nak seperti yang fiza cakap kat atas tu dengan modal serendah RM5000 sahaja. Ya, dengan berbekalkan modal RM5000, korang boleh keluarkan produk jenama sendiri seperti usahawan lain yang berjaya sekarang ni :) Dan yang menariknya segala urusan lain tak payah nak fikir dah, cukup keluarkan modal RM5000 sahaja. Bagaimana caranya? dengan mendapatkan perkhidmatan daripada ZY PHYTO yang akan membantu seseorang yang ingin memulakan perniagaan berjenama sendiri daripada A-Z.


Apa itu ZY PHYTO - KING OF OEM ?

ZY Phyto yang juga di kenali sebagai KING of OEM milik Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang mana sudah lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan, korang mesti pernah dengar kan kilang OEM. 
ZY Phyto merupakan 100% syarikat Muslim Bumiputera yang menyediakan khidmat membuat produk kesihatan dan kecantikan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat jenama sendiri menerusi OEM yang bertaraf GMP mendapat kelulusan KKM serta sebuah kilang yang telah menjalankan proses produk di bawah ISO9001. Buat masa sekarang ZY Phyto mempunyai rangkaian 9 anak syarikat dibawah satu nama yang terdiri daripada :

  • ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd.,
  • ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd,
  • ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd,
  • ZY Academy Sdn Bhd,
  • ZY Printpack Sdn Bhd,
  • ZY Phyto Marketing Sdn Bhd,
  • ZY Phyto East Coast Sdn Bhd,
  • Yayasan Qaseh ZY Phyto
  • Emily’s Cattery.

Langkah-Langkah Mempunyai Produk Sendiri Bersama ZY Phyto

  • Buat kajian atau buat penyelidikan pasaran untuk mengetahui apa yang produk anda akan ingin lakukan yang akan dapat permintaan di pasaran atau tidak. Menyelidiki produk untuk memudahkan anda bersaing di pasaran.
  • Dapatkan Sebutharga Dan Rundingan selepas dah ambil kira produk apa yang korang nak keluarkan, datang ke kilang ZY Phyto untuk mendapatkan sebutharga dan rundingan. Jika tidak puas hati, tak perlu buat bayaran lagi. Bayar setelah anda puashati apa yang anda mahu.
  • Pensampelan Dan Rekabentuk Produk. Sebaik sahaja anda bersetuju dengan sebut harga kami, bayaran deposit diperlukan sebelum kami membuat sampel produk dan reka bentuk untuk anda.
  • Pastikan Dapat Kelayakan KKM. Sebaik sahaja reka bentuk produk selesai, produk akan dihantar kepada bahagian pengawalseliaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pengeluaran produk dijalankan. Untuk pendaftaran TIDAK mengambil 2 – 4 minggu sahaja. Untuk pendaftaran MAL mengambil masa 3 – 6 bulan.
  • Pembuatan Dan Penghantaran dilakukan setelah semua langkah selesai, maka pembuatan produk akan dimulakan dan dihantar kepada korang atau boleh mengambil sendiri di kilang sebaik produk siap.


Modal Serendah RM5000 Sahaja !

Jadi, dengan tawaran peluang perniagaan melalui ZY Phyto ni, apa yang korang rasa mustahil tu, mampu jadi kenyataan. Dengan RM5000, impian untuk memiliki produk jenama sendiri bukan lagi suatu angan-angan, apa yang perlu kita buat cuma perlu kegigihan dan bijak dalam mengatur strategik untuk tarik orang ramai supaya berminat dengan produk kita dan sekaligus jadikannya setanding dengan produk yang semakin popular di pasaran sekarang :



Antara produk yang tersenarai dalam pakej modal RM5000 ni pulak ialah :

  • Makanan Tambahan 
  • Kosmetik & Set Penjagaan Peribadi & Kulit 
  • Produk Uncang Teh 
  • Minyak Aromaterapi / Minyak Urut 
  • Raw Materials

Nak senang, tengok je risalah ni,


Dengan pakej RM5000 ni, korang boleh pilih salah satu produk ni untuk hasilkan jenama korang sendiri dan selebihnya pihak Zy Phyto akan uruskan mengikut langkah-langkah seterusnya seperti yang fiza dah terangkan kat atas tu. Paling penting, korang tak perlu risau untuk berurusan dengan ZY Phyto ni sebab dah ramai yang mendapatkan khidmat mereka dan maklumbalas yang diterima memang sangat-sangat positif .

Ingat, yang penting perlu bersemangat dan pandai atur strategik pemasaran agar produk yang kita jual tu mampu mendapat tempat di hati pelanggan :)

INFO LANJUT 

Telefon : +603-6038 8898
SMS/Whatsapp : 60192218856
Facebook : ZY Phyto Group
Alamat : No 55A Jalan TIAJ 2/1 , 
Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor



Comments

  1. kecil jer modal nak ada produk sendiri..bgus ZY Phyto ni..:)

    ReplyDelete
  2. siapa dah ada modal tu bolehla guna khidmat zy phyto..angan2 juga nak ada produk jenama sendiri..hehe

    ReplyDelete
  3. Wah rendah tu RM 5000 je modal. Tapi untuk syaza tak rendahlah. untuk yang kayo rayo bleh ni 5k. mana taw akan datang ke kan bleh buat hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤