Assalamualaikum .
Hello =)
Hello =)
Cerita hujung minggu lepas, dengan gembira dan enjoynya fiza sediakan 4 jenis puree untuk Noah. Memang setiap hari akan ada puree untuk Noah dan sebelum ni biasanya fiza akan buat puree tu pagi sebelum pergi keje. Cuma kali ni je, cuma ikut tips kawan-kawan lain , buat puree bekal anak ke Taska untuk seminggu terus, senang pagi takde la kelam kabut sangat.
Ni semua favourite Noah, terutama carrot dan apple tu. Nak buat puree ni senang sangat , semua ni fiza akan stim dulu secara berasingan dan lepas tu blend je. Siap blend, masukkan dalam bekas kecil yang cukup untuk sekali makan Noah. Lepas tu, simpan tempat beku dalam peti ais. Di setiap bekas fiza tandakan siap dengan tarikh buat.
Settle bab puree, jadi setiap pagi fiza cuma perlu masak bubur je untuk bekal. Kadang-kadang, fiza campurkan bubur tu dengan puree. Setiap hari, sejak Noah dah mula makan bubur (start umur 7 bulan) fiza akan sediakan 3 bekal makanan iaitu makan pagi, tengahari dan petang. Susu pulak sejak dah makan ni cuma 3 botol je, setiap botol dalam 3-4 oz.
Minggu ni, plan nak buat stok ayam dan ikan bilis pulak. Noah suka makan, mama noah pulak happy kemain bila tengok anak makan berselera. Semoga anak mama membesar dengan sihat dan kuat ya sayang :)
sebab tu makin bambam Noah
ReplyDeletealooo comelnya makan puree and bagus kan idea ni kenalkan kids dengan sayur n buah =D
ReplyDeleteAnak syaza lagi 2 bulan bleh makan dah. Thanks share info ni. Cuma peti ais kita kecik muahaha taktw la bleh simpan banyak mana >.<
ReplyDelete