Assalamualaikum.
Hello =)
Hello =)
Ahad lepas, untuk pertama kalinya fiza jejakkan kaki ke Bangi Wonderland Themepark bersama husband, Noah dan adik fiza. Hari yang sama juga beberapa kawan-kawan KBBA pun ada sekali termasuk family Kak Sueiza dan Qaseh . So memang meriah la kami hari tu. Sebenarnya fiza teringin nak ke sana sejak awal pembukaan dia lagi, tapi tulah tak berkesempatan. Bila tengok je sana sini orang duk post gambar , haa jeles menggunung oikk.
Kemain happy Noah, dia dah tahu dah kejap lagi nak melompat lompat dalam air tu :). Jarak rumah fiza dengan Bangi Wonderland ni takde la jauh sangat, dalam 20 minit perjalanan je. Kami bertolak dari rumah pukul 9.50 pagi, pukul 10.15 pagi dah sampai. Waktu kami sampai tu orang tak ramai lagi, mungkin masih awal sebab kaunter dibuka pun jam 10.00 pagi. Parking berbumbung disediakan dengan bayaran RM6 sekali masuk, jadi tak perlu nak risau tentang masalah parking.
Waktu nak masuk tu, akan ada staf di sini yang bertugas untuk memeriksa beg yang kita bawa, bukan check apa, cuma mereka nak memastikan yang tiada makanan luar di bawa masuk. Ya, makanan luar tak dibenarkan dibawa masuk ke sini, alaa rules biasa di mana-mana themepark pun kan. Kejap je dorang check lepas tu dah boleh terus menuju ke jalan yang benar, kolam seluas alam ni,
Waktu nak masuk tu, akan ada staf di sini yang bertugas untuk memeriksa beg yang kita bawa, bukan check apa, cuma mereka nak memastikan yang tiada makanan luar di bawa masuk. Ya, makanan luar tak dibenarkan dibawa masuk ke sini, alaa rules biasa di mana-mana themepark pun kan. Kejap je dorang check lepas tu dah boleh terus menuju ke jalan yang benar, kolam seluas alam ni,
Noah serius teruja sangat boleh main air macam ni, pelampung tu kami beli kat kedai yang ada kat sini. Papa dan mama Noah pun sama naik dengan anak teruja tu. Waktu ni cuaca tak panas lagi, so seronok la main air.
Apa Yang Menarik di Bangi Wonderland?
Terdapat 14 jenis rides yang disediakan di sini yang boleh kita main iaitu :
- Anaconda Trail
- Body Slide
- Boomeriang
- Green Pearl
- Insane Racer
- Kids Adventure
- Magic Funnel
- Meander River
- Pirates Bay
- Pirates Spa
- Spiralax
- The Fall
- Water Cannon
- Wonder Loop
Macam-macam jenis keseronokan dan ada yang sangat mencabar bagi fiza. Fiza ni kira dalam kategori penakut jugak la, sebab tu ada permainan yang tak sanggup fiza cuba walaupun teringin nak main. Adik fiza la yang paling hati kental , bukan dia je, dengan kaksue, kimah (adik kaksue) dan qaseh sekali terjebak dengan jiwa kental dia. Sebab apa? sebab dorang boleh main Magic Funnel ni yang bangi fiza menyeramkan sungguh dan The Fall yang macam terjun bangunan tu
Korang tengok video ni dan abaikan suara 'seram' fiza tu eh -.-
Fuhhh, seriauu. Tapi dorang cakap memang enjoy sangat naik Magic Funnel ni walaupun dalam hati rasa takut tu menggunung. Korang yang nak uji kental ke tak hati tu, boleh la cuba kalau datang ke Bangi Wonderland ni. Ehh, walaupun tahap takut fiza tinggi, fiza tetap cuba juga permainan lain yang ada kat situ, rugi la kalau datang cuma berendam dalam kolam tu je.Haha . Rides apa yang fiza main? haa ni dia,
Bergegar jantung weyhh. Masa kat atas duk tunggu giliran tu, fiza hampir nak lari turun balik , taknak main. Tapi macam biasa, termakan pulak dengan pujuk rayu adik. Satu lagi fiza main boomeriang, ni pun best giler walaupun dalam hati habis doa fiza baca, hahaha.
Ini Anaconda Trail,
Ini pulak water cannon,
Ini Anaconda Trail,
Ini pulak water cannon,
best kan! Betul-betul berpesta air kami hari tu
Untuk kanak-kanak, dah disediakan tempat yang sangat menyeronokkan dan sesuai dengan mereka iaitu di kawasan Pirates Bay ,
Untuk kanak-kanak, dah disediakan tempat yang sangat menyeronokkan dan sesuai dengan mereka iaitu di kawasan Pirates Bay ,
Comel je tengok budak-budak kemain riang bebas main air kat area sini. Paras air kat sini pun sesuai dengan ketinggian kanak-kanak. Walau bagaimanapun, still ibu bapa perlu ada untuk mengawasi keselamatan mereka ya :)
Kemudahan yang terdapat di Bangi Wonderland
Antara kemudahan yang disediakan disini untuk pengunjung yang datang ialah ,
Surau
Bilik Medic
Locker simpanan
Bilik persalinan
Bilik bayi
Ruang terbuka untuk pengunjung (disediakan kerusi dan meja)
Toilet OKU
Perkhidmatan sewa pelampung
Perkhidmatan sewa Cabana
Yang cabana ni fiza suka sangat, nampak rileks bersantai dengan keluarga.
So korang, kalau nak bersantai di hujung minggu atau tak kisah la bila, fiza rekomen sangat untuk datang bawa keluarga ke Bangi Wonderland ni. Fiza pun nanti nak repeat lagi ni. Tunggu Noah besar sikit lagii
Info Lanjut :
terbaek :)
ReplyDeletenext dalam list.. padahal belakang rumah ja pun susah nak pegi hehe.. xdak geng selalu free nak teman xkan nak pi sorang hahaha forever alone =P
ReplyDeleteseronok ehh
ReplyDelete