Assalamualaikum.
Hello =)
Ada banyak lagi haiwan-haiwan lain yang terdapat di FITC ni, korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ya
Hello =)
Nak bercerita dari last week lagi, tapi sibuk memanjang minggu ni, so hari ni baru berkesempatan nak share dengan korang aktiviti fiza sekeluarga pada 16 September lepas, cuti Hari Malaysia :)
Sempena cuti Hari Malaysia lepas, fiza berpeluang sertai family day anjuran team Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ke Farm In The City yang terletak di Sri Kembang, Selangor. Ini kali pertama fiza jejakkan kaki ke FITC ni, teruja dia lain macam wehh sebab first time nak kenalkan Noah dengan macam-macam haiwan jinak kat situ. Menariknya FITC ini ianya berkonsepkan petting zoo yang menggabungkan element hidupan haiwan dan alam semulajadi dalam persekitaran terancang di taman pemuliharaaan. Redup je tempat dia.
Masa kitaorang datang ni hari public holiday, memang ramai la orang. Parking pun dah nak penuh padahal masa sampai tu baru jam 9.00 pagi. So kalau nak datang better datang awal, seronok sikit pusing-pusing dalam ni waktu sejuk pagi tu.
Sebelum perjalanan untuk berjumpa dengan haiwan-haiwan diteruskan, kat depan pintu masuk akan ada gerai menjual makanan haiwan ni. RM10 je sebakul tu, fiza beli sebab nanti baru la seronok boleh bagi makan haiwan-haiwan ni sendiri, paling tak sabar nak suruh noah bagi makan.haha. berani ke tak dia eh? kejap lagi fiza cerita .
Haiwan pertama kami jumpa, Mmmmbekkkk, kambing! hahaha. elok je dia duduk berjemaah dalam kandang ni
heyy apa ni kacau iols nak tido ni!
Adik fiza, dia yang kemain excited tengok kambing. Kambing pun heran dengan dia .haha
Selepas kambing, kami teruskan untuk melawat haiwan-haiwan lain pulak. Best tau, kat sini haiwan dia friendly giler. hahaha, nak cuit cuit boleh, nak pegang boleh, takde nak gigit pun.
Ni nama dia Raccons, haiwan yang nampak ganas dengan kuku tajam dia tapi sebenarnya baik je. Tangan dia lembut sangat weh, kalah tangan kita ni. Masa husband nak hulur makanan kat dia ni, fiza risau jugak takut dia terkam Noah, tapi tak de pun, Noah pun rileks je tengok si Raccons ni ambik makanan kat tangan papa dia.
Fiza je yang risau terlebih . Takut dia serang dari belakang.kahkah. padahal raccons tak layan pun kita lepas dia ambik makanan .
Encik helang nampaknya kesepian tu, kepala ke kiri ke kanan tengok orang.
Pandai, orang nak ambik gambar terus pandang kamera
Next kami ke Kampong Mahmood ni pulak. Tempat bersenang lenang si burung kakak tua yang cantik kemain ni. Ada nama tau tapi fiza lupa dah apa nama dia. Cerdik siap boleh bercakap lagi. Yang bestnya, kami berpeluang menyaksikan pertunjukan burung kakak tua yang dikendalikan oleh penjaga burung ni. Betul-betul menghiburkan sampai tergelak habis orang tengok aksi burung-burung ni.
Tengah tunggu jodoh ke uols
Haa ni jodoh dah ada depan mata dah nii. ehh ke dua-dua jantan ni? hahaha tak tau pulak jantina burung ni
Bergelak sakan kami tengok burung ni main teka cari bola
Comel! bercahaya kemain dia ha. Putih bersih. Yang ni tengah tunggu utusan istana agaknya.haha
Di Turtle & Tortoise Farm ni, terdapat pelbagai jenis kura-kura yang jarang ditemui dan eksotik. Kat sini juga kita berpeluang untuk memberi makan kura-kura gergasi yang tak ganas pun, slow slow dia berjalan ke sana sini. Noah pun bagi makan kat kura-kura ni tau walaupun mula-mula tu dia ingat daun tu untuk dia.hahaha
see! good boy anak mama
Ha makan la makan la kenyang-kenyang. Punya la ramai orang bagi makan kat dia hari ni. Boleh kenyang seminggu
Yang lain sedap tido, dia terkangkang kangkang nak pegi mana la tu
Yang ni macam spesis penyu pun ada rupa dia. Noah duk agah-agah dari luar kat cermin tu.hahaha. ohh la anak.
Yang ni pulak tengah cari jodoh agaknya, pandai dia pilih yang single eh
Ni nama dia makan sorang-sorang, sorry tak boleh share dengan yang lain ok
Oke, yang ni kura-kura paling scary pernah fiza tengok. Betul-betul macam raksasa dengan bentuk dia tu.erghhhh
Sampai ke Mood's Lake ni pulak mata tak lepas asyik tengok beribu-ribu ikan koi yang sedia menanti untuk terima makanan dari kita dalam tasik ni. Gemuk-gemuk betul ikan koi kat sini, gerammm tengok.
Nah makan anak-anak, jangan berebut. Makanan banyak ni
Menanti dalam kesamaran ke macam mana ni? Tengok benda ni teringat kat danger mouse Noah.hahaha
Masuk je area Reptiles Cavern terus rasa meremang bulu roma, fiza manusia yang geli dengan jenis reptilia ni. Tapi sebab nak tunjuk jugak dekat anak, gagah jugak la tengok.
uwarghhh, geli tengok adik fiza pegang ular ni. Kalau boleh dia nak letak ular tu kat leher dia, fiza tak bagi. Geli wehhh!
Kalau tak silap ni spesis kanggaroo tapi takde pulak kantung dia. terjengah-jengah kepala dia tengok orang .haha
Ini paling cute! makanan yang fiza beli masa awal masuk tu pun memang tunggu nak bagi kat rabbit ni. Olololo comel je dengan anak-anak kecik tu. Tapi masa bagi carrot ni arnab dah tak nak makan dah. Kenyang sangat dah agaknya .
Mostly yang datang semua yang berkeluarga sebab kat sini memang sesuai sangat untuk ibu bapa yang nk kenalkan anak-anak dengan haiwan secara real buat pertama kalinya sebab haiwan-haiwan yang ada kat sini haiwan yang jinak dan tak menggigit. Siap boleh bagi makan dengan bahagianya . Untuk sesi pembelajaran kepada anak-anak memang sangat sesuai kat sini.
Mostly yang datang semua yang berkeluarga sebab kat sini memang sesuai sangat untuk ibu bapa yang nk kenalkan anak-anak dengan haiwan secara real buat pertama kalinya sebab haiwan-haiwan yang ada kat sini haiwan yang jinak dan tak menggigit. Siap boleh bagi makan dengan bahagianya . Untuk sesi pembelajaran kepada anak-anak memang sangat sesuai kat sini.
INFO LANJUT
HARGA TIKET :
Dewasa (12 tahun ke atas) RM37
Kanak-Kanak (11 tahun ke bawah) RM30
Free untuk kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Alamat :
Farm In The City
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan,
43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Customer Service :
+603-89412099
Website :
Facebook :
Instagram :
Twitter :
amboi syoknya noah..:)
ReplyDelete