Assalamualaikum .
Hello =)
Sedikit coretan kenangan untuk Noah sayang baca bila dah besar nanti ya :)
*********
" Lâ-‘ilâha ‘illâ ‘Anta Subḥânaka ‘in-Nii Kuntu Minaẕ-Ẕâlimiin"
Hello =)
Sedikit coretan kenangan untuk Noah sayang baca bila dah besar nanti ya :)
7 November 2018, Noah Kasyaf Bin Muhammad Firdaus is turning 1 ! Allahu, mama kemain excited nak celebrate birthday pertama awak sayang. Rasa macam baru je lagi dengar suara pertama sayang menangis setahun yang lepas.
Mama lahirkan Noah secara Elektif Caesarean. Doktor bagi pilihan antara normal atau pembedahan dan bila kebaikan banyak menuju ke arah lahirkan secara pembedahan, mama pilih pembedahan demi untuk taknak ada risiko apa-apa pun pada Noah. Doktor kata dia dah baca sejarah perubatan dan rawatan yang pernah mama buat untuk dapatkan baby sebelum ni, pelbagai cara dah dan untuk elakkan sebarang risiko apa-apa, buatlah pilihan terbaik sebab Allah hadirkan sayang untuk mama kali ni secara semulajadi atas IzinNya, bukan melalui rawatan. Doktor tak cakap direct, tapi doktor bagi banyak hint :) Jadi ya, papa dan mama muktamad, lahirkan baby secara pembedahan. Menangis jugak la mama time tu, sebab takut. :p Selepas tu, bermula la prosedur demi prosedur yang perlu mama ikut :) Semuanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan Allah. Tarikh yang dipilih pun cantik je dan pada tarikh tu hanya mama je yang akan bersalin mengikut perancangan ni:) Mama bersyukur sebab papa tak pernah biarkan mama sendiri, setiap kali check-up pun, papa selalu ada :)
Sehari sebelum bersalin, 06/11/2017, mama dah kena warded untuk masukkan ubat dan dibawah pemantauan doktor dan nurse :) Layanan yang mama dapat di Hospital Putrajaya ni Alhamdulillah puas hati dan tokmi ada untuk jaga mama. Selain papa, tokmi la insan yang paling risau tentang kita sayang. Tokmi selalu nangis sorang-sorang sebab risau :(
*********
Sampai masa yang dirancang, mama masih ingat lagi suasana waktu dalam bilik bedah, bau hangit, terasa doktor duk golek golek perut ni *tak nampak pun cuma rasa macam perut kena rentap-rentap, tapi tak sakit pun :p . Mama orang pertama yang ditolak masuk untuk lahirkan awak. Masa tu perasaan ni Allah je tahu. Berdebar rasa seperti nak keluar jantung, tapi Alhamdulillah, waktu dalam bilik menunggu, tengah terbaring atas katil tu, Allah hantar seseorang untuk lega kan perasaan takut ni. Seorang ibu yang tengah tunggu turn untuk pembedahan anak dia, sambil menunggu, dia ceritakan pengalaman dia yang sama macam mama dan akhir ayat dia ' jangan risau, takde apa pun' tu cukup untuk buat mama hilang gementar :) Waktu tu jam lebih kurang 7.00am, mama dah bersedia untuk tatap wajah anak mama yang sekian lama mama tunggu ni. Doa Nabi Nuh tak pernah mama tinggal,
" Lâ-‘ilâha ‘illâ ‘Anta Subḥânaka ‘in-Nii Kuntu Minaẕ-Ẕâlimiin"
Masuk je bilik bedah, semua rasa takut macam kene sedut buang macam tu je. Hilang terus, yang tinggal cuma rasa tak sabar nak tunggu awak keluar, tak sabar nak bagi noah minum susu mama untuk pertama kalinya. Prosedur lebih kurang sejam lebih, waktu doktor tengah berusaha nak keluarkan awak, mama ditemani doktor bius dan nurse kat sebelah kepala ni (muda dan baik sangat orangnya). Dia la yang tolong panaskan mama, check oksigen mama, dan paling baiknya dia, jawab dengan lembut je setiap kali mama tanya 'anak saya dah keluar ke doktor?' haha. tak tahu la berapa kali soalan tu mama tanya. Ada sekali mama terpandang ke atas dan melalui bingkai lampu yang macam cermin tu, mama tertengok tangan doktor berlumuran darah kat perut mama, terus mama alihkan mata ke tempat lain. Fuhh, seriau, mama takut darah sayang.
Tepat jam 8.25am, mama dengar suara tangisan paling merdu.. Doktor dan nurse yang teman mama tadi turut senyum dan bagitau mama, 'Anak puan dah selamat keluar'
Alhamdulillah, Anak mama dah lahir! seiring dengar tangisan tu, airmata mama jatuh kalah air hujan musim tengkujuh, teresak-esak mama nangis sambil mintak dengan doktor 'saya nak tengok anak saya boleh? Punya la tak sabar, padahal time tu mungkin doktor baru nak potong tali pusat agaknya. hihihi. . perasaan tu.. , Allah je yang tahu :) Tak sampai seminit pun, nurse bawa sayang tunjuk dekat mama 'baby boy ya puan' lepas tu nurse kata nak bersihkan dulu :) Masa duk tunggu nurse bersihkan awak tu pun tak tahu berapa kali mama tanya kat nurse kat situ, lambat lagi ke anak saya siap. Haha, betul lah orang kata, doktor dan nurse yang bertugas uruskan ibu bersalin ni mental fizikal mereka kuat. Tapi dorang baik, tanya la berapa kali pun dorang senyum je jawab ' kejap ya puan' Terdengar juga bisikan antara mereka 'she's excited, tunggu 7 tahun untuk first baby' :) Ya, rasa teruja menggunung yang tak pernah mama rasa sebelum ni.
Dalam lebih kurang 5 minit, nurse bawa Noah dekat mama, mama tak boleh bergerak lagi sebab terlalu lemah badan kesan ubat bius walaupun cuma bius separuh je. Nurse hulurkan sayang untuk minum susu mama untuk pertama kalinya, mama gagahkan tangan untuk usap awak sayang. Allahu, lembutnya badan , wanginya bau awak. Ya Allah terima kasih Allah, terima kasih, berulang-ulang kali ayat tu mama sebut sambil airmata laju mengalir. Tak lama pun moment indah tu, nurse kata nak tunjuk dekat papa pulak untuk azankan :) Mama teringin nak tengok reaksi papa waktu pertama kali tengok sayang . Hihihi, tokmi kata, papa terkaku, mata berair . Papa pun macam mama la tu, rasa bagai mimpi :)
Siap je doktor uruskan mama dalam bilik bedah, mama ditolak ke bilik pemantauan pulak. Uwaaa, berapa lama nak tunggu ni, mama dah tak sabar nak peluk awak dah ni. Mama kat bilik pemantauan tu dalam setengah jam jugak la. Mama tak tido, nurse suruh mama tido pun mama taknak. Masa dalam bilik bedah pun doktor suruh mama tido dulu, tapi entahlah, mata ni keras semacam :p Bila dah comfirm mama OK, baru la mama disiapkan untuk dimasukkan ke wad semula. Bila sampai di wad, sayang dah ada tunggu mama sebelah katil mama :)
Maka, bermula perjalanan baru yang indah dalam hidup mama, papa dan Noah :) Semoga Allah berkati setiap hari-hari kita lalui dan RahmatNya sentiasa bersama keluarga kita sayang :) Amin.
Our first family photo :)
Love,
Mama
28/11/2018@11.11am
So sweet :') syaza pun czer jugak. Tapi emergency czer.. so agak berdebar sebab tetiba kena bedah hihi
ReplyDeleteemergency czer lagi la, dua kali sakit . Tapi demi anak kan semua sanggup tempuh.hihi
Deletebila baca pengalaman org bersalin..takut jer rasa..sendiri xthu la bila..:)
ReplyDeleteInsyaAllah akan sampai waktu keIzinan Allah untuk awak =)
DeleteAlhamdulillah.. comel baby. sy anak ke-2 ceaser..
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih awak =)
DeleteYa Allah..diizin Allah..Noah baca coretan ini..ingat..jangan pernah lupa Allah yang mengizinkan Noah lahir ke dunia..jangan lupa mama dan papa yang berjuang penuh penantian.Jadilah anak yang soleh..kerana anak yang soleh sentiasa merangkumi segenapnya.
ReplyDeleteAmin amin.. terima kasih awak :)
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Permata hati kurniaan-Nya sudah di pangkuan. Menitis juga air mata membaca coretan ini. Moga Noah menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.
Aminnnn..terima kasih atas doanya puan =)
DeleteSebaknyaaa baca.. Kite punya due date 2 Feb next year. Tak sampai 3 bulan lagi nak bersalin. Baca entry ni rasa mcm Allahuuu tak sabar nak jumpa anak sendiri.. Walaupun berdebar jugak sbb takut, harap2 semuanya baik2 jelah nnti. Sy pun sejenis takut darah. Kena cucuk ambik darah pun boleh pitam. Doakan sy yaa kak!
ReplyDeletesemoga segalanya dipermudahkan. mesti dah bersalin ni kann.hihihi
Deletesamalah..kita pun bersalin secara czer...pengalaman yang tak mungkin ibu² lupakan...alhamdulillah..semuanya selamat kan
ReplyDeletealhamdulillah =)
Deletesyahdu baca.. x pnh lg rs pengalaman czer.. btw, tau dah dari mana fiza slalu nangis. cm tokmi eh? hehehe..
ReplyDeleteeheheheheh
Deleteindah sungguh pengalamannya
ReplyDeleteAlhamdulillah =)
DeleteSebaknya. Sebab 7 tahun juga tunggu. Bakal ceaser bulan depan
ReplyDeletesemoga segalanya dipermudahkan untuk awak ya =)
DeleteKenapa qaseh baru baca ni, aduh terus berjujuran air mata, tahniah kapija atas doa Kapija selama ni dah Allah dengar , alhamdulillah
ReplyDeleteEmma 2x emergency czer. Alhamdulillah.
ReplyDelete