12.12 Urban Decay BORN TO RUN Beauty Box Hanya di Lazada!

Assalamualaikum.

Hello =)

Hari ni 12.12.18 gais. Teruja lain macam sikit fiza hari ni sebab tak sabar nak cuci mata untuk Grand Year End Sale di LAZADA yang dah bermula pada 10 hingga 12 Disember 2018, so maknanya hari ni dah hari akhir untuk sale ni.  Korang dah buka website atau apps LAZADA ke belum ni? Berpinar mata oikk tengok semua barangan ada potongan harga kaw kaw punya sampai ada yang harga serendah 50 sen. Haa kau, 50 sen tu nilai nak masuk toilet ok, kat Lazada rileks je ada barang harga 50 sen. haha . Fiza ni memang 'hantu' beli barang atas talian, bila ada je tarikh special untuk sale ni, memang tak lepaskan peluang la uols.



Korang pun jangan lepaskan peluang untuk shopping di LAZADA sempena Grand Year End Sale ni tau sebab untuk tempoh masa 10 hingga 12 Disember ni sahaja LAZADA akan tawarkan banyak keistimewaan yang menguntungkan kita antaranya ,

  • Dapat rebat sehingga 12% apabila top up di Lazada Wallet
  • Boleh collect voucher yang bernilai sehingga RM12 juta!
  • Mesti beli deals serendah RM0.50 
  • Slash It  deals serendah RM0.10
  • Crazy Flash sales serendah RM0.50
  • Shake-it jam 12PM dan 8PM untuk menangi voucher sehingga RM120
  • Scan logo jenama kegemaran untuk dapatkan special voucher

Haa, kemain banyak korang boleh dapat sempena sale ni tau! cepattt la shopping kat Lazada.


12.12 Urban Decay BORN TO RUN Beauty Box Hanya di Lazada!


Ini satu lagi yang paling mengujakan untuk korang yang suka sangat make-up. Fiza nak war-war kan tentang produk daripada Urban Decay iaitu Born To run Eyeshadow Palette yang tengah hangat sekarang ni pun korang boleh beli di Lazada dengan tawaran harga istimewa. Apa yang menariknya, jika korang beli melalui Lazada, korang akan dapat Born To Run Eyeshadow Palette Beauty Box dengan harga RM236 yang di dalamnya ada free gift best! 

Happy tauuu sampai rasa nak melompat masa fiza terima Beauty Box ni semalam.


Apa yang ada dalam Beauty Box ni? haaa tengok gambar seterusnya.






Di dalam Beauty Box ni ada sekali Eye Shadow Primer Potion dan Troublemarker Deluxe Mascara! woww sangat kan. Complete set untuk mata yang menawan. 

Born To run Eyeshadow Palette ni terdiri daripada 21 jenis shades yang sesuai dengan mereka yang suka travel dan mengembara. Jenis compact dan senang nak simpan dalam beg. Cermin yang terdapat dalam palette ni juga bersaiz besar dan puas hati nak guna waktu nak make-up :) . Teskstur eyeshadow ni sangat cantik dengan gabungan matte, satin dan foil - macam shimmer tu. Boleh dikatakan semua warna ada, dari yang natural, sampai la yang bright! ehh tak sabar la nak try sendiri. 

Eye Shadow Primer Potion yang diberikan sebagai gift tu fungsi dia untuk bagi eyeshadow korang pakai tahan lama dan tak crack. Sebelum pakai eyeshadow, sapu primer dulu kat atas kelopak mata tu .


Dah siap part eyeshadow, complete kan bahagian mata dengan Troublemarker Deluxe Mascara pulak, haa jelita terus la korang nanti.



contest Unboxing Experience Snap & Win Beauty Box


Korang yang dah beli Beauty Box melalui Lazada ni layak untuk sertai contest Unboxing Experience Snap & Win Beauty Box yang sedang berjalan sekarang ni sehingga 31 Disember 2018 . Caranya sangat mudah ,

Langkah 1 : 
Snap gambar atau rakam video korang tengah unbox urban decay parcel daripada Lazada

Langkah 2 : 
Upload ke Instagram dengan caption menarik dan share sekali pengalaman korang unbox parcel tu. Ayat buat kreatif tau :)

Langkah 3 : 
Jangan lupa pastikan letak hashtag
#UDMalaysia #UDxLazadaMY #MYLazada1212 #UnboxingUrbanDecay

3 pemenang bertuah bakal memenangi All Nigher Setting Spray Travel Ornaments (Limited Edition)


So korang apa lagi, cepat dapatkan beauty box ni hanya di Lazada. Hadiahkan pada yang tersayang atau beli je sebagai reward untuk diri sendiri .hihi 

Info Lanjut hubungi : 1300-22-2232




Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤