Sambutan Hari Lahir Noah Kasyaf

Assalamualaikum .

Hello =)

Dah masuk Disember baru sempat nak bercerita pasal majlis birthday Noah bulan lepas. Takpelah lambat pun, asal ada. At least boleh la Noah baca nanti :) 

Fiza dari awal dah niat nak celebrate birthday Noah dan nak buat makan-makan sikit, cuma tak tahu macam mana majlis yang nak buat nanti. Fiza memang takde pengalaman handle majlis sendiri kat rumah sebab sebelum ni tak pernah buat majlis apa-apa pun kat rumah Putrajaya ni. So agak blur la. Dalam kepala cuma plan nak buat majlis simple tapi meriah. Birthday Noah 07 November, tapi disebabkan tarikh tu jatuh pada hari bekerja, so majlis ditunda ke hari Sabtu. Senang nak buat persiapan dan nak ajak orang bila hari cuti :)

Bab nak ajak siapa pun fiza pening. HAHA, first time kan. last-last decide untuk ajak adik-beradik husband yang berdekatan dan adik-adik fiza serta kawan-kawan yang dekat dengan rumah ni. Fiza tak ajak ramai pun sebab buat majlis kecil je kan :) Umi datang dari kampung lagi nak tolong majlis cucu kesayangan dia ni dan paling penting, umi la yang nak masak main menu untuk makan-makan tu . Alhamdulillah, bila ada umi, semua benda akan jadi senang :p

First step, fiza tempah kek dulu. Kek memang kena tempah awal sebab takut nanti last minute takde orang yang nak buat, tambah-tambah lagi tema untuk kek nanti fiza nak buat cartoon yang rasanya tak pernah jumpa lagi ada orang lain buat ,haha  cartoon fav Noah -  Danger Mouse. Tak nak yang print punya, tapi nak yang lukis. hahaha. Punya la over mama Noah ni. Fiza cari orang untuk buat kek ni kat IG je dan alhamdulillah, jumpa sorang kakak ni yang cantik sangat hasil tangan dia dan harga pun berpatutan :) Nanti kat bawah fiza tunjuk kek tu dan apa rasa dia.

Untuk decoration pulak dalam kepala memang dah plan nak buat tema light blue dan putih. Part mendeko ni la paling excited oikk hehe.  Fiza cuma beli barang dan yang curahkan idea dan tampal-tampal kat dinding ni semua hasil kreatif husband dan adik fiza :) Nak deko sebenarnya bukan senang tau walaupun nampak simple je, berjam jugak la nak siapkan. Semua brang-barang ni fiza beli di Mr.Diy dan Party house kat Alamanda. 


Esoknya, giliran fiza pulak siapkan meja dan susun dessert yang dah fiza tempah awal-awal. Main menu ialah Mee Kari umi. Gambar takde sebab tak sempat nak snap dah huru hara kene cedok.haha . Satu tips fiza dapat dari kawan kalau kita buat majlis birthday anak ni, seeloknya untuk makanan berat, kita sediakan dua jenis menu makanan. Satu menu yang sesuai untuk orang dewasa dan satu lagi yang sesuai untuk kanak-kanak. Macam majlis Noah ni, mee kari tu fiza sediakan untuk mak ayah dan untuk anak-anak pulak, fiza buat spagheti carbonara dan bihun goreng.



3 jenis yang heavy punya dan macam biasa, dalam setiap majlis harijadi nugget, fries dan hotdog memang 'wajib' ada kan :)



Untuk dessert pulak, semua fiza tempah kecuali marshmallow je beli.





Dan kek pulak..Tadaaaaa!


Serius fiza teruja tengok kek Noah ni sampai menjerit happy.hahaha. Kemas dan cantik sangat, rasa dia pulak fuhhhh SEDAP! rasa cheese coklat. Harga untuk sebiji ni RM130.00. Puas hati sangat-sangat . Waktu keluarkan kek ni letak atas meja, kebetulan kat TV tengah pasang cerita Danger Mouse , bila tunjuk kat Noah dia tengok kek, tengok TV, dua tiga kali duk ulang tengok kek pastu TV .hahaha, pelik agaknya macam mana DM boleh ada kat kek tu .


Majlis berbula jam 4.00 petang dan tetamu terakhir balik jam 7.00 malam. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan. Terima kasih pada yang sudi hadir meriahkan majlis Noah ni. Sebelum balik, fiza juga sediakan satu buku untuk tetamu tulis birthday wishes buat Noah :)


Korang kalau ada yang teringin nak order kek atau dessert kat atas, boleh refer link kat bawah ya =)

Kek Danger Mouse dan cup cake : @sally_rashid
Brownies bites : @dapur_addin
Kek coklat cup : lan.asyfa.1


Comments

  1. Happy Birthday Noah,
    Alhamdulilah, macam inilah perasaan pertama kali menyambut hari jadi untuk anak sulong tau fiza, dulu2 kak juju mcm ni la siap buat segala kelengkapan dari kek sampai hiasan...dlu sambut kt MCD ajak geng blogger ramai2...meriah...meriah sambutan Noah tau terharu tgk kek dia cantik...semoga membesar dengan sihat amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤