Percutian Menjimatkan Dengan Traveloka Saleabration 2019

Assalamualaikum.

Hello =)

Mood nak bercuti datang balik ni. Sekarang dah masuk bulan Mac, bulan cuti sekolah! haha, walaupun fiza takde anak yang dah bersekolah tapi setiap kali cuti sekolah biasanya fiza pun akan join sekali cuti. Noah pun dah makin faham dengan keadaan sekeliling, bila kita bawa pergi tempat-tempat dia tak biasa pergi mesti dia pun teruja. Tambah-tambah kalau tempat ada air macam tasik ke, pantai ke..lagii teruja budak kecik ni. Bila anak teruja, papa mama pun bertambah teruja la.

Ok berbalik pada cerita mood nak berjalan, nak bercuti ni. Fiza dan husband kalau bab nak pilih tempat kami sepakat biasanya atau bergilir tempat yang kami suka. Contohnya macam husband dia suka tempat-tempat sejuk macam genting ke, cameron ke. Fiza pulak suka tempat-tempat yang ada pantai, nak tengok sunset.hihi. So kami akan bergilir la, kalau dah pergi tempat sejuk, next akan ke tempat ada pantai pulak.haa gitu. Dan tempat biasanya fiza yang akan tentukan.

Nak bercuti ni kadang-kadang tempat tu kita tak kisah pun kat mana kan, janji dengan family dan kita boleh enjoy - happy together! Dan yang paling penting, mengikut bajet yang kita dah plan =) 


Bagi mereka yang suka bercuti, Matta Fair promo memang tak asing dah bagi korang kan. Tak lama lagi Matta Fair 2019 akan kembali, biasanya Matta Fair memang di tunggu-tunggu oleh kaki travel sebab time ni la nak boleh pilih macam-macam tawaran pakej percutian yang menarik menjimatkan. Fiza pun sama dengan yang lain, kalau nak bercuti tu nak pakej murah tapi selesa.

Traveloka Saleabration 2019


Selain Matta Fair promo, hari tu fiza ada terbaca yang Traveloka pun ada nak buat kempen Traveloka Saleabration yang menawarkan diskaun besar-besaran nanti. Kempen ni termasuk diskaun hebat untuk tiket penerbangan ke destinasi pilihan, penginapan di hotel dan pelancongan tak kira di dalam atau luar negara. wahh yang ni lagi hebat! Buat masa sekarang pilihan fiza lebih kepada yang menyenangkan diri sendiri tambahan pulak sejak ada anak ni, semuanya nak yang mudah dan di hujung jari je. Matta Fair memang best cuma fiza dah tak sanggup nak bersesak dengan orang ramai nanti.

Kempen Traveloka Saleabration ni sama seperti Matta fair yang akan menawarkan pakej percutian hebat dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hari biasa. Cuma apa yang lebih menariknya ialah dengan Traveloka fiza boleh buat pilihan secara atas talian sahaja. Jimat masa, tenaga dan yang penting duit pun jimat! Nak tempah hotel, penerbangan dan untuk aktiviti semua boleh. All in one. Tak sabar tau nak tunggu kempen ni, promotion apa la yang menarik nanti.


Untuk percutian kali ni, fiza dalam perancangan nak ke Cameron Highland. Dah lama sebenarnya plan nak ke Cameron Highland ni tapi asyik tak jadi je. InsyaAllah takde aral, nak jugak ke sana bercuti bawak Noah. Noah pun selalu bercuti belah Pantai Timur je, so kali ni nak bawa dia ke tempat sejuk pulak. Dulu masa dia kecik tak berani lagi sebab risau kan kesihatan dia yang asyik batuk, selesema je. Now dah makin besar, antibodi pun dah makin kuat so boleh la pergi.

Nak ke Cameron Highland tak perlu tiket flight, tapi untuk tempahan hotel fiza memang akan pilih di Traveloka. Fiza saja-saja semak harga hotel tadi pun harga dia berbeza la dengan walk-in (Biasanya bila dah pilih hotel, fiza akan call direct hotel untuk semak harga dengan hotel pulak).


Apa yang bestnya Cameron ni yang fiza suka sangat pergi walaupun dah banyak kali pergi ialah suasana tempatnya yang tak puas kalau setakat sekali pergi. Cameron juga bagi fiza satu-satunya tempat sejuk di Malaysia ni yang mempunyai banyak lokasi menarik yang boleh kita lawati. Kalau setakat spend time kat sana 2 hari bagi fiza tak cukup untuk melawat semua tempat. Sebab tu kena pergi banyak kali. haha. Paling best kalau ke Cameron ialah boleh lepak minum teh sambil nikmati permandangan indah di Boh Tea Plantation ni,




Gambar kenangan tahun 2016 . Asyik tengok gambar kenangan je, kali ni betul-betul kena pergi ni. Start je kempen Traveloka ni, fiza nak tunjuk kat husband senarai promosi hotel yang ada nanti.

Dengan Traveloka korang tak perlu rasa was-was atau risau takut ada charge tersembunyi ke apa ya, dijamin harga yang dipaparkan tu, itu sahaja harga yang perlu korang bayar. Traveloka selalu ada buat promosi selain promosi besar-besaran macam kempen Saleabration ni so nak senang korang install je aplikasi dia untuk lebih cepat nak semak promosi atau nak plan percutian :)




Info lanjut boleh terus ke laman web Traveloka di www.traveloka.com

Selamat bercuti!



Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤