Usaha Untuk Cukupkan Stok Susu Anak

Assalamualaikum .

Hello =)


Masuk bulan ni, usia Noah dah 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, Noah masih fully breast feeding. Susu badan fiza memang takde stok dah dalam peti ais, biasa kalau pam untuk sekali bekal terus. Means, pam hari ni untuk bekal taska esok. Makin Noah membesar, makin susu merudum =( Macam ni lah strugglenya mama ni.hihi. But no worries sayang, mama happy dah asalkan niat untuk Noah fully BF sampai cecah usia 2 tahun termakbul. AMIN..

Bila bekerja ni, salah satu benda yang perlu nursing mother macam fiza ni elakkan ialah STRESS. Tapi tulah, susah nak elak sepenuhnya. Kerja kan, kadang macam-macam hal keje hadap. Fiza memang kalau otak tengah serabut pam susu nak capai 1oz pun susah. Nak tak nak kena cari altenatif lain untuk membantu kurangkan stress bila dia datang dan dalam masa yang sama, boleh produce susu sebaiknya.
Bukan mudah nak beli produk seperti yang fiza nak tu memandangkan sekarang ni kemain banyak lambakan produk milkbooster kat pasaran, entah serasi ke, betul menjadi ke tak dengan kita atau paling risau takut tipu je=(

Sebelum memilih untuk beli atau terima apa-apa produk, biasanya fiza akan try google dulu untuk cari maklumat pasal sesuatu produk tu dan hasilnya fiza dikenalkan dengan produk yang bagus sebagai milkbooster iaitu Pump It .Korang pernah guna atau familiar dengan produk ni? Fiza first time nak try. Apa yang paling menarik perhatian fiza tentang Pump It ni ialah ianya bukan produk minuman tetapi Milkbooster yang jenis sapu. Nak sapu macam mana? ada cara dia nanti fiza cerita. Paling penting Pump It ni tiada kandungan chemicals dan ada kelulusan daripada KKM.




Relax Mama (Milk Releaser)


Milk Releaser ni yang bagi fiza sangat membantu buat ibu-ibu menyusu rasa tenang dan relaks ketika menyusukan anak atau nak pam susu. Aroma bau dia sangat la membantu hilangkan stress tau!

Cara guna dia senang je, sapukan 1-2 titis Relax Mama di bahagian belakang leher dan belakang telinga sebelum menyusu atau pam. Boleh juga titiskan pada tapak tangan dan sedut baunya. Bau dia wangii

Sapukan Relax Mama ni sebelum menyusu atau pam ya :)


Milk Full (Milk Booster)


Milk Full ni pula tujuanya untuk menambah pengeluaran susu badan (milk booster). Bila Milk Full ni di sapu pada kulit (sekitar breast), kandungan herba dan tumbuhan yang terdapat didalamnya akan diserap ke dalam aliran darah melalui liang roma untuk merangsang hormon yang mengeluarkan susu. 

Cara penggunaanya untuk permulaan sapu 1-2 titis Milk Full di sekeliling breast 2 kali sehari waktu pagi dan malam. Kalau tiada apa-apa perubahan, sapukan setiap kali selepas menyusu atau pam. Elakkan daripada terkena kawasan nipple atau kawasan gelap. Paling penting, supply and demand tetap kena jaga tau .


Stok Susu Makin Meningkat ! 


Fiza gunakan Relax Mama dan Milk Full ni dah hampir dua minggu. Kalau diikutkan kesan selepas penggunaannya seawal 24 jam tetapi fiza lambat sikit dapat rasa kesan dia tu. Sebab apa? sebab fiza SILAP PAKAI , boleh pulak laa tertukar cara guna untuk dua produk tu, Relax Mama fiza guna cara Milk Full, dan sebaliknya jugak.huhuhu. Seminggu lebih jugak la fiza tersilap tu, pastu pelik kenapa laa tak de kesan lagi.HAHA. Lepas dah perasan tu tepuk dahi sendiri.Haishh. Ok, bila dah sedar kesilapan tu, fiza kembali ke jalan yang benar mengikut cara penggunaanya dan alhamdulillah rezeki Noah, masa pam kat office dapat la menghampiri ke 5oz. Setelah lama tak tengok botol ni penuh untuk 1 sesi je, hari tu dapat la tengok balik. HAPPY sangat! Terima Kasih Allah, terima kasih Pump It!


Botol Pump It ni kecil comel je, so senang nak bawa ke mana-mana. Fiza memang bawa ke office untuk guna setiap kali nak pam.


Jadi kepada mommies di luar sana yang turut alami masalah makin kurang susu badan dan nak tambah susu , fiza rekomen sangat-sangat untuk cuba Pump It ni. InsyaAllah boleh tambahkan balik susu badan dan mommies pun boleh happy balik bila tengok result dia nanti =)

Nak beli kat mana? Korang boleh jer tgk kat www.pumpit.com.my



Comments

  1. Bagus sangat produk ni.. Bantu mak yang menyusu anak tambah susu bdn.. Sapu2 je.. Senang.. Kecil molek pulak

    ReplyDelete
  2. Pernah pakai.. bau dia bantu kita rilex masa tgh pam..

    ReplyDelete
  3. Macam2 alternatif kan nak tingkatkan penghasilan susu ibu. Zaman huda BF anak 4 tahun lepas xde benda camni... boleh la rekemen produk ni pada adik yang BF anak dia skrg.

    ReplyDelete
  4. Guna ni rasa mcm dlm pantang balik.. rs penuh susu

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan bosster. Macam wife dulu. Booster agak terhad.

    ReplyDelete
  6. ADA kawan pakai yg nie juga bagus produk ini

    ReplyDelete
  7. wah.. bgsnya. leh boost happy nih. so susu pun banyak lah kua nt

    ReplyDelete
  8. Yanie pun gunakan pumpit ni. sangat membantu, alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. 1st time dgr milk booster jenis sapu ja

    ReplyDelete
  10. kecil-kecil cili padi.Bagus nii,alternatif lain bagi ibu yang tak makan supplement.

    ReplyDelete
  11. Teruja pulak nak try kebetulan k.sal dalam pantang ni kan..hehee

    ReplyDelete
  12. alahaii..syoknya kalau pump penuh botol tu.dulu BF kan anak kita sampai umur dia 8 bulan je.Lepas tu, susu sangat ² ler merundum sampai satu hari tu stress,nangis² tk tau nak buat apa,anak pun dah merajuk taknak direct, last² bagi ler susu tepung..sedih gila..kalau ada produk ni dulu kan best..

    ReplyDelete
  13. Bagusnya..pada masa sama, mama pun dapat relaxx juga.

    ReplyDelete
  14. bagus produk ni ala2 essential oil....boleh relakkan mama emosi dan mental juga.

    ReplyDelete
  15. Menariklah milk booster camni, mudah nak guna.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤