Das Abdul Global Jenama Bantal Hotel 7 Bintang Dengan Harga Mampu Milik

Assalamualaikum .

Hello =)

Siapa sahaja yang tidak kenal akan jenama Das Abdul Global ini? Bila sebut sahaja, mesti sudah buat mereka teringat dengan billboard-nya yang mempunyai gambaran tuan pengarah memeluk bantal hotel DAG®. Tengok sahaja sudah dapat bayangkan betapa lembut dan gebunya bantal mereka ini. Das Abdul Global telah melonjak naik menjadi sebuah jenama tempatan di Malaysia yang terkenal dengan pengeluaran bantal hotel 7 bintang pada harga mampu milik.


Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang


Dengan tagline popular jenama ini iaitu “Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”, Das Abdul Global telah menjadi cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia termasuk artis tempatan. Das Abdul Global telah berkembang dengan lebih hebat selepas memperkenalkan sebuah jenama sub yang baru iaitu DAG Home. Walaupun Das Abdul Global mengeluarkan koleksi barangan hotel, DAG Home pula lebih kepada kelengkapan bilik tidur. Set comforter, bantal peluk, tuala dan bantal merupakan antara produk yang dikeluarkan dibawah jenama DAG Home. Ingin menjadikan bilik tidur korang seperti bilik hotel 7 bintang? DAG Home adalah jawapannya. Jenama ini telah mula mendapat perhatian dan ramai pengguna Das Abdul Global telah membeli produk di bawah jenama DAG Home ini.

Peningkatan jenama Das Abdul Global telah meningkat naik dengan begitu drastik dalam jangka masa 3 tahun, peningkatan ini disebabkan oleh keprihatinan dengan setiap rayuan dan komen pelanggan mereka sendiri terhadap servis dan jenama Das Abdul Global, Das Abdul Global percaya setiap permintaan dan komen dari pelanggan mereka sendiri dapat membaik pulih tahap servis mereka kepada pelanggan sekali gus dapat meningkatkan taraf kepercayaan pengguna mereka terhadapa Jenama Das Abdul Global itu sendiri.

Reward Tahunan dan Menangi 6 Buah Kereta Mewah!


Untuk info, Das Abdul Global telah membuka semula pertandingan “reward tahunan” bagi setiap ejen Das Abdul Global yang sah berdaftar. Seperti “reward” tahun sebelumnya, tahun ini Das Abdul Global telah menaikkan taraf “reward” tahun ini dengan lebih lagi dimana Das Abdul Global telah menawarkan 6 buah kereta mewah seperti sebuah Vellfire, Honda CRV dan banyak lagi. Disamping itu juga terdapat juga beberapa “reward” sampingan yang ditawarkan kepada ejen-ejen mereka seperti Ipad, mesin pengering dan banyak lagi. SIapa sangka dengan menjual bantal korang berpeluang untuk memenangi produk-produk yang ditawarkan. Jangan buang masa lama-lama. Mungkin korang pemilik baru salah sebuah 6 kereta mewah yang ditawarkan ini. 


Jom sertai Das Abdul Global dan menangi sebuah kereta!

Info Lanjut :

Info media sosial : www.dasabdulglobal.com
Instagram : @dasabdul




Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤