Himalaya Women's Wellness Shatavari dan Bowel Wellness Triphala Produk Terbaik Untuk Kesihatan Badan

Assalamualaikum .

Hello =)

Sejak dua menjak ni badan fiza ni rasa tak sedap je, cepat letih dan selalu rasa lesu. Nak kerja pun tak bersemangat. Tak tahu la kenapa, terfikir jugak mungkin sebab perubahan hormon ke apa ni. Kalau dulu jogging setakat 3km tu celah gigi je, semangat berlari. Tapi dalam seminggu ni briskwalking pun tak cergas macam dulu. Bila badan macam ni mula la tanya orang tu orang ni, cari info suplement apa yang sesuai untuk bantu atasi masalah fiza ni. Dalam mencari tu fiza di kenalkan dengan product kesihatan keluaran Himalaya. Sebut je Himalaya, fiza dah tak ragu-ragu nak cuba sebab ramai kawan-kawan fiza yang consume product Himalaya pun bagi feedback yang positif. suplement apa yang fiza cuba? Haa ini dia,



Dua jenis suplement yang memang khas untuk kesihatan dalaman kita iaitu women's Wellness Shatavari dan Bowel Wellness Triphala. Setiap jenis suplement ni ada kelebihan dia masing-masing sebab tu fiza ambil dua-dua sekali.

Women's Wellness Shatavari 



Shatavari ni kebaikannya lebih kepada untuk kesihatan dalaman wanita, lebih-lebih lagi kepada wanita yang dah berkahwin. Bila dah kahwin dan dah anak badan mesti selalu je ada masalah, masalah yang kerap dihadapi ialah cepat letih, macam yang fiza rasa sekarang. Untuk mengatasi masalah ni, Shatavari ialah jawapannya. Fiza mula amalkan Shatavari ni dalam minggu ni, ambil setiap pagi dan malam dan alhamdulillah bangun pagi badan dah mula rasa cergas balik.Nak kerja pun bersemangat! Selain untuk mengatasi masalah letih, lesu dan tak bermaya, Shatavari ni juga bagus untuk :

  • Membantu memperbanyakkan susu ibu (Milkbooster terutama kepada ibu muda :)
  • Membantu memulihkan semula badan ibu selepas bersalin
  • Membantu mengimbangi hormon wanita
  • Membantu merawat masalah sakit ketika period


Khusus untuk kesihatan dan mengembalikan kecergasan badan wanita . Cara pengambilan Shatavari ni senang je, amil 1-2 biji sehari bersama makanan. Ibu-ibu diluar sana, fiza rekomen suplement ni untuk korang ambil, InsyaAllah badan takkan rasa lesu lagi.

Bowel Wellness Triphala



Bowel wellness Triphala ni kebaikannya ialah untuk membantu pengaliran usus yang bermasalah untuk kembali normal atau dengan kata lainnya membantu kita untuk buang 'sisa toksik' dalam badan yang lama terperam atau tak hadam secara normal. Fiza ada masa-masa tertentu hadapi juga masalah susah nak membuang ni dan memang akan rasa tak sedap je badan ni. So, untuk membantu merawat masalah ni, Triphala ialah jawapannya untuk fiza. Kesan dia kejap je korang akan nampak dan memang best! Selain untuk pengaliran usus yang normal, Triphala ni juga dapat membantu,

  • Melegakan sembelit
  • Menyokong detokssifikasi yang normal daripada usus


Cara pengambilannya juga senang, hanya makan 1-2 tablet sehari. Korang yang ada masalah sembelit tu boleh cuba consume, InsyaAllah menjadi =)

Untuk dapatkan kedua-dua suplement ni korang boleh beli di Watsons atau farmasi terpilih. Tapi kalau nak banyak produk better beli kat Watsons. Harga berbaloi dengan keberkesanan dia. Perlu diingat ya, jangan ambil remeh dengan kesihatan dalaman kita, bila umur makin meningkat tahap kecergasan pun akan makin merosot dan takkan sama waktu usia kita muda. So sebagai persediaan, amalkan suplement ni, InsyaAllah badan pun akan sihat je =) 



Comments

  1. shatavari tu memang terbaik la tuk penyusuan anak,akan ambil lagi kalau ada rezki beranak kecik nanti ehhehe

    ReplyDelete
  2. KakYa ambik Bowell dan Joint memang menjadik .. kiranya menjadik la untuk KakYa . Nnt2 nak try Shatavari plak la..

    ReplyDelete
  3. My travel life have been easier with Garmin Support Number. Plus I can get all the additional knowledge through their blogs. I use the Garmin app and is totally upto the mark. I recommend everyone to use Garmin Gps Update and get Garmin life time map update or call +1-888-309-0939 for instant help from Garmin GPS experts.

    ReplyDelete
  4. These days, private water wells are turning out to be more famous since mortgage holders are searching for different choices to city water. reiki near me

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤