Ummph! Teh BOH Minuman Pilihan Setiap Keluarga

Assalamualaikum .

Hello =)

Kalau korang kawan rapat atau kenal fiza, mesti tahu macam mana obsess fiza dengan air teh, kira dari zaman childhood lah teh dah jadi minuman WAJIB dirumah fiza. Tak kira masa dan boleh minum sampai dua tiga cawan. Teh pilihan fiza dan keluarga pulak dari dulu sampai sekarang hanyalah teh BOH! 


Teh ni walaupun orang kata sama je rupa dia tapi rasa takkan sama. Fiza kalau minum je teh lain memang boleh tahu tu bukan teh BOH. Bermula dengan teh biasa, hingga kini Teh BOH mempunyai jenama sendiri yang menjadi sebahagian minuman 'wajib ada' dalam setiap isi rumah di Malaysia dan experteas selama 90 tahun dah tau. 90 tahun bukan waktu yang singkat dan kalau nak kira ianya dah bermula dari zaman nenek fiza dulu lagi. Walaupun dah 90 tahun , sehingga kini BOH tetap Ummph! rasa dan aromanya tak pernah berubah, tetap sedap dan disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur di Malaysia ni.


Teh BOH, Teh Malaysia yang kita bangga! dari generasi ke generasi tak pernah menghampakan. Setiap kali ada gathering keluarga atau ada tetamu datang hidangan minuman fiza memang teh BOH potbag ni jelah sebab comfirm semua orang akan minum dan suka. Setakat ni tak pernah lagi fiza jumpa orang yang tak minum teh, kan? Bukan kat rumah je, kat office pun kalau ada masanya buat jamuan, minuman teh BOH panas mesti ada. Fiza lebih suka teh o berbanding teh susu sebab rasa lebih ringan dan asyikkk gituuu. Ummmphhh!


Time ni husband baru balik kerja, terus ajak dia ngeteh sambil borak . Si kecik tu pun sejak dah kenal minuman selain susu, kemain suka nak join sekali minum teh ni tau. Fiza bagi la dia rasa sikit, Awak nak secawan tunggu besar sikit lagi ya =) Noah memang suka tau, sebab tu fiza kata, teh BOH ni semua peringkat usia akan jatuh cinta bila sekali dah cuba.
Tak percaya tengok la gambar ni, orang bagi sikit dia nak minum dalam cawan sendiri jugak 

 Berebut dengan mama! 

Kenapa fiza suka sangat teh BOH ni selain rasa dia? sebab setiap kali minum, seolah mengembalikan ingatan fiza kepada kenangan dengan nenek zaman kecil dulu waktu di kampung. Allahu, rindunya saat tu. Waktu dulu, breakfast, minum petang even untuk minum malam pun mesti teh ni je. Kegemaran kami sekeluarga, dan sampai sekarang, bila balik kampung mesti teh BOH potbag jadi pilihan nenek, mesti ada stok kat dapur =) Senang nak bancuh , letak satu potbag, gula dan air panas, siap! Nenek kata teh lain rasa dia tak sedap macam teh BOH, ohh nenek fiza panggil teh plastik merah.hihihihi


Teh BOH ada sentimental value dia dalam setiap keluarga, tak kira dalam waktu bagaimana pun, bila tiba masa untuk minum, selalunya hidangan yang datang mesti teh BOH. Membesar dengan teh BOH, berkongsi kegembiraan dan mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga dan kawan-kawan. Secara simboliknya, teh BOH potbag, beg kecil yang membawa kebahagian untuk semua generasi :)




Comments

  1. bila nak ajak ai hi tea ni heheheh

    ReplyDelete
  2. Memang pilihan no.1 jenama Teh BOH ni. Kalau ke Cameron , mesti beli kat kilang / kedai tu siap lepak santai lagi kot. Fefeeling tourist gitu.

    ReplyDelete
  3. Boh ada umphhh .. kakya dari dulu pkn suka Boh gak . Rasa dan nikmat dia bila.mnum tu lain macam hehehe . Terasaaaa bila mnum dan blh tahu itulah BOH ! Opkos la tahu Bih ada umphhh .

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤