Assalamualaikum .
Dah masuk Mac 2020, berbulan blog ni terbiar tanpa ada entry baru. Hari ni bila nak menaip disini, rasa janggal pulak. Banyak kali juga aku klik butang new post tu, taip dua tiga patah perkataan lepas tu delete. Hilang idea dan tak tahu nak mula dari mana. Rasa macam newbie :( Helpp mee plss, aku nak balik semangat dulu-dulu :'(
Traffic blog masih berjalan dan dari situ aku tahu masih ada yang setia singgah disini walaupun cuma baca cerita lama. Terima kasih korang :) Ok, dah dua tiga baris menulis ni, datang dah sikit idea . So untuk permulaan entry 2020, aku rasa aku nak share apa yang 'busy' sangat hidup aku sampai terlupa 'kehidupan' aku di fizazainy.com ni .
Dalam entry ni, aku ada cerita yang permohonan rayuan aku untuk bertukar ke Kajang diluluskan dan dah tak kerja di Pejabat Kuala Lumpur. Masuk bertugas di pejabat Kajang betul-betul beri aku pengalaman baru sebab selama 14 tahun bekerja, ini pertama kali aku berkerja di pejabat Cawangan. Sebelum ni di Negeri dan HQ , tempat besar dan ramai pegawai, tugas pun tak seperti di Cawangan. Apa yang membezakan, di pejabat sekarang aku perlu catch-up cepat semua benda dan takde cuma fokus untuk satu unit sahaja. Kalau lambat, aku ketinggalan daripada kawan-kawan lain. Serius disini, corak kerja aku berubah 360 darjah! Bila di pejabat, setiap hari masa aku cuma nak kejar siapkan tugas yang ada atas meja ni, kalau tak siap, esok mungkin ada kerja lain yang datang. Aku tak suka kepala ni terbeban dengan fikir 'itu tak siap lagi, ini tak siap lagi.. bertimbunnya kerja' dan bila balik rumah, otak aku akan jadi tak normal sebab duk teringat kerja yang aku tak buat kat pejabat. Big No untuk aku bawa balik hal pejabat ke rumah sebab bila dah di rumah, aku nak fokus pada Noah dan tugas isteri pulak. Kajang memang tempat yang sibuk, macam-macam kerja ada, macam-macam KPI nak kena kejar.
Sungguh, disini, terlalu banyak perkara dan cara kerja yang aku belajar secara keseluruhan. InsyaAllah aku boleh, slowly but surely tapi tak boleh slow sangat nanti terkebelakang aku.kehkeh. Bersyukur sangat walaupun ada benda yang aku tak tahu, tapi Allah SWT permudahkan urusan dan ditemukan dengan rakan sekerja yang tak lokek ilmu. 7 bulan kat sini, alhamdulillah aku boleh bangga dengan diri sendiri sebab banyak KPI yang aku tetapkan untuk diri sendiri, tercapai :)
Setiap aturan Allah SWT tu ada hikmahnya, walaupun awalnya risau dan takut nak kerja kat sini, tapi lama-lama aku bersyukur dan keseronokan bekerja tu dah kembali macam dulu.
Eh tapi kan, Putrajaya tetap di hati.haha .
Comments
Post a Comment
Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)
❤Love to be loved❤