Assalamualaikum .
Hello =)
Hello =)
Tak pernah termimpi dan tak pernah terjangka Malaysia akan melalui fasa seperti sekarang:( Berhadapan dengan musuh yang tak nampak dengan mata kasar - VIRUS COVID19 .
Mulanya semua nampak terkawal sampai lah ke tahap sekarang rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 . Semua mula panik dengan keadaan semasa ni. Setiap hari ada kes baru dicatatkan dan makin hari makin bertambah hinggalah yang ditakuti berlaku - ada kes kematian dan terkini sehingga 22/03/2020 jam 1.30pm, dah 9 orang meninggal. Allahu ..
Serangan virus ni cepat betul dan yang menakutkan ialah kita sendiri tak tahu samada orang yang kita jumpa, kita bersalam, kita berborak tu dijangkiti atau tidak sebab simptom Covid19 ni lambat keluar. Atas sebab tu, Perintah Kawalan Pergerakan ni dikeluarkan dan sampai ke hari ini makin berkurangan orang ramai di luar walaupun masih ada yang jenis TAK FAHAM BAHASA dan PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Yang jenis 'bingai' ni, korang tak kesian ke dekat keluarga sendiri? tak kesian ke dekat pihak KKM yang macam nak mati berusaha setiap hari merawat orang yang dah dijangkiti ni. Cerita dia macam ni, tak kena alhamdulillah, tapi kalau nak kena waktu tu kau nak menyesal pun tak guna dah! Kalau kena bukan kau sorang yang terlibat, family dan orang yang pernah kau jumpa tu pun terlibat sekali kena buat saringan tahu tak. Kalau yang tak bersalah ni ve- takpe, kalau sah kena jugak? Masa tu baru nak menyesal? Please la jangan pandang situasi ni remeh dan yakin yang tubuh korang tu kebal. Arahan jelas - STAY AT YOUR HOME -
*Mula tu ingat nak menaip secara berkhemah dan tersusun ayat, tapi sampai part perangai manusia hati kering terus jadi panas hati.
Aku ni sebab arahan kena bertugas je walaupun mungkin di mata sesetangah masyarakat part kami ni kecil je, tapi sebab skim Keselamatan jadi Wajib patuhi. Kalau tak, baik duduk je diam-diam kat rumah, jaga family. Rasai nikmat jadi suri rumah sepenuhnya. Sekarang pun kalau balik je keje, buka pintu cepat je Noah nak terkam. Tapi terpaksa mengelak lepas tu cakap mama mandi dulu ya sayang :( Kita tak tahu kuman apa yang melekat kat baju ni sebab tu aku sangat paranoid sekarang ni dan serius sangat bab kebersihan sebelum pegang anak.
Setiap kali baca dan tengok gambar team KKM yang bertungkus lumus bekerja demi rakyat Malaysia, sayu tau . Rehat tak cukup, makan tak tentu, solat kelam kabut.. paling sedih mereka pertaruhkan nyawa untuk orang yang dorang tak kenal pun :(
Terima kasih tak terhingga buat kalian ..
Ya Allah, hapuskan segera wabak virus Covid 19 ini, datangkan penawarMu, sembuhkan mereka yang telah dijangkiti dan lindungi kami daripada dijangkiti. Hanya kepadaMu kami mohon perlindungan..Kembalikan nikmat yang Kau beri sebelum ini Ya Rab .. :(
Tahun 2020 ni banyak perkara besar terjadi kepada Negara kita yang suatu masa akan jadi sejarah yang mungkin akan dibaca dan dipelajari oleh anak cucu kita kelak.
Untuk Noah mama sayang,
kalau sayang suatu hari nanti noah baca baca ni, waktu ni noah baru berusia 2 tahun 4 bulan. Masih terlalu kecil untuk faham dengan apa yang jadi. Mama selalu risau, keadaan Malaysia yang bagaimana la yang bakal awak tempuh nanti sayang. Apa yang mampu mama buat hanya berdoa semoga masa depan kelak lebih cerah, lebih harmoni dan terhindar dari segala anasir yang tidak baik.Amin.

Comments
Post a Comment
Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)
❤Love to be loved❤