Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Online Melalui EZAKATPAY

Assalamualaikum .

Salam Ramadhan untuk semua. Sekejap je masa tinggal 4 hari sahaja lagi kita menunaikan ibadah puasa dan Ahad ni, Syawal pula menjelma. Puasa pada tahun ni lain benar keadaanya disebabkan negara kita sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid19, tiada kemeriahan terawih berjemaah di Masjid atau surau , tiada kemeriahan membeli juada berbuka di bazar dan tidak berpeluang berbuka puasa bersama keluarga di Kampung. Pun begitu, kewajipan sebagai umat Islam tetap kita tunaikan dengan sempurna, alhamdulillah.

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah





Bila dalam bulan Ramadhan ni antara perkara yang wajib kita tunaikan ialah bayar zakat fitrah. Hukum wajib bayar zakat fitrah ni apabila cukup syarat sah iaitu ;

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Memeluk islam sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan



Tapi dalam musim PKP ni ramai tertanya-tanya macam mana nak bayar zakat? Pejabat tutup, lepas tu amil zakat pun kita sukar nak jumpa seperti tahun-tahun sebelum yang biasanya akan ada di tempat-tempat tertentu dan soalan paling utama, boleh ke bayar zakat tanpa salam akad? haa betul, memang pelbagai persoalan bermain di benak kita dan semua jawapan pihak Lembaga Zakat selangor ada :) caranya mudah sahaja, dengan buat bayaran secara atas talian . Semuanya dihujung jari je. 

Islam itukan mudah dan tidak membebankan, jika ada kesulitan pasti ada jalannya. Untuk persoalan SAH ke tak bayar zakat tanpa salam akad, jawapan yang diberikan oleh pihak Lembaga Zakat ialah SAH bila sudah ada dua perkara iaitu niat dan pemindahan harta atau wang zakat itu .

Bagaimana Cara Membayar Zakat Secara Atas Talian ?


Terdapat beberapa medium pembayaran disediakan untuk kemudahan orang ramai membuat bayaran zakat online antaranya melalui Perbankan Internet , Aplikasi E-Wallet Tounch & Go, Boost dan eZakatPay. Pilih medium mana yang korang rasa senang asalkan tertunai kewajipan yang satu ini. 






Langkah-langkah pembayaran pula fiza kongsikan cara melalui EZAKATPAY yang mana bagi fiza cara ni lebih menyenangkan, bukan itu sahaja lepas buat bayaran berpeluang menang hadiah menarik lagi tau!






Boleh terus ke website https://fpx.zakatselangor.com.my untuk buat bayaran dan https://ezo.zakatselangor.com.my/ jika ingin membuat semakan atau dapatkan penyata.


Selesai bayaran zakat, boleh la beraya dengan tenang dan bahagia . Dengan kemudahan yang disediakan ni, tiada alasan lagi untuk kita sebagai umat Islam bagi alasan untuk tidak membayar zakat. 



Selamat Menunaikan Zakat semua!



Comments

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. You actually make it look so easy with your performance but I find this matter to be actually something which I think I would never comprehend. It seems too complicated and extremely broad for me. I'm looking forward for your next post, I’ll try to get the hang of it! zakat

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤