Instagramable Kafe Di Kuala Lumpur

 Assalamualaikum .

Hello =)

Bila sebut tempat makan kebiasaanya yang kita selalu terbayang makanan yang sedap-sedap dan menyelerakan untuk santapan perut kan, tapi di zaman kemuncak media sosial ni, kebanyakkan kita kalau mencari tempat makan mesti kalau boleh nak yang pakej sekali tempat lawa dan cantik untuk ber'ootd'. Sambil menyelam sambil minum air la orang kata. Bukan orang lain la, fiza pun sama. Oh tak, fiza dengan adik fiza kami geng suka bergambar dan kalau masuk kedai tu wajib la bergambar.haha, instagram uols!

So untuk korang yang sama sekepala dengan fiza meh fiza nak share satu kafe yang WAJIB untuk korang yang kaki bergambar ni datang makan, lepak dengan kawan-kawan dan ambik gambar sepuasnya sebab kafe ni sangat lah unik, rare  dan sumpah cantik giler!

Kat mana?  haa kat sini

Kafe Kleptokrat . Nama pun dah unik, korang pernah datang? (kredit pic to : kak Julia)

Waktu mula-mula sampai tu fiza tak teruja lagi sebab ingat macam kafe biasa je, lepas tu fiza dibawa masuk ke kafe melalui 'pintu belakang' which is ini lah yang buat fiza mula rasa excited sebab laluan nak masuk tu sangatlah menarik dan unik! korang tengok jelah gambar kat bawah ni,



Masa mula-mula melangkah ke laluan ni je fiza terus terimbau kenangan waktu zaman kecil dulu, suasana dia macam ni la. Itu baru di laluan masuk, bila naik je ke atas lagi la fiza rasa tak sabar nak bergambar! 




Untuk part dekorasi dia, paling menarik ialah almari ni,

Kalau korang nak tahu ini bukan sebarang almari je, kalau nanti korang datang sini jangan terpedaya macam fiza tau, fiza tak terfikir langsung yang sebenarnya ini ialah pintu masuk untuk ke kafe ni. Haha serius tak jangka.



Di tingkat atas terletakknya meja untuk main snooker ni . Klasik sangat suasana dia! Di bahagian atas ni kanak-kanak tidak digalakkan untuk naik ya,tangga untuk naik tu takde penghadang jadi bahaya la untuk kanak-kanak.





Sajian makanan yang menyelerakan!

Ok dah puas bergambar di semua sudut menarik dalam kafe kleptokrat ni, kita jamu pula perut yang dah lapar dengan makanan yang sedap dan buat perut riang gembira. Untuk info, semua makanan di sini halal ya,  pekerja pun ada yang beragama islam, jadi tak perlu was-was =) Ini antara menu korang pun patut cuba bila datang ke kafe ni.

Fuhh pizza dia, gebu dan pizza paling sedapp fiza pernah rasa. Homemade pizza yang menggunakan roti sourdough. Sebab tu gebu dia lain macam sikit, sebiji tu sorang boleh habis tau.

Kafe Kleptokrat juga ada menyediakan delivery services di sekitar kawasan KL Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights & Bukit Tunku. Jadi secara keseluruhannya fiza puas hati dan kafe ni salah satu tempat yang sangat fiza rekomen untuk korang kunjungi. Dengan suasana yang rileks dengan alunan muzik yang santai lepas tu jamu pula perut dengan makanan yang sedap, bahagia oik! Paling penting, dapat snap gambar banyak-banyak post dekat Instagram..heee . Yang menariknya lagi, sekarang tengah ada promo 20% off untuk makanan dan minuman sehingga 15 Ogos 2020 dan kalau korang ambil gambar kat kafe ni dan post ke media sosial, tunjuk posting korang tu kat cashier dan korang akan dapat tambahan lagi 10% off. Posting wajib buat public. 

So dah tahu tempat menarik untuk makan dan bergambar di Kuala Lumpur ni kan? haa cepat ajak kawan atau keluarga datang ke kafe kleptokrat ni, comfirm korang puas hati!


Info Lanjut 

Alamat : 

Kleptokrat Kafe
18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 
50100 Kuala Lumpur.

Whatsapp (Untuk Delivery) :
 +6019-222 0262

Facebook : kafekleptokrat
Instagram : @cafe_kleptokrat




Comments

  1. Alamak ruginya dah balik jb awal. Kalau tak boleh singgah sini. Unik betul tempatnya. Makanan pun nampak sedap semuanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤