Treasure Hotel & Suites - Hotel Menarik Di Melaka

 Assalamualaikum.

Hello everyone!

Bila pergi bercuti antara perkara paling penting untuk fiza ialah tempat nak menginap. Walaupun bercuti hanya sehari, fiza sebolehnya inginkan tempat untuk fiza dan keluarga bermalam adalah tempat yang selesa dan bersih. Kalau dapat tempat yang menarik dan cantik itu adalah satu bonus besar la sebab fiza ni suka sangat bergambar. haha

Baru-baru ni fiza, husband dan noah serta family adik ipar buat trip ke Melaka. Memang unplanned trip la sebab fiza pun tahu last minute, malam sebelum nak ke Melaka tu baru fiza tau sebab husband dan adik dia yang plan dan hotel pun dah siap booking dah. Fiza memang tak tahu hotel apa dorang booking dan area mana tapi fiza percaya dengan husband sebab kalau bab ni dia lebih memilih daripada fiza.

Kami bergerak awal pagi ke Melaka dan plan memang nak check-in dulu lepas tu baru mulakan aktiviti berjalan. Sampai di Melaka dalam tengahari dan siap makan tengahari kami terus ke hotel. Sebelum sampai tu fiza dah dengar dah husband dan adik dia duk borak pasal hotel ni, dorang google tengok image dan yang keluar lokasi hotel ni macam kawasan rumah kedai tau. Fiza diam je tapi dalam hati rasa macam takkan la hotel rumah kedai dorang pilih. Ok takpe, tunggu sampai. Dan bila sampai tu fiza sumpah terkejut sebab betul-betul bangunan macam rumah kedai lama , sebelah dia kedai-kedai uols! dalam kepala dah terbayang dalam bilik hotel tu mesti cuma ada tilam dan bantal lepas tu towel kecik je.HAHAHAHA frust tau masa ni. Husband dan adik dia pun cuak tapi dorang masuk dulu survey kat dalam sementara fiza tunggu dalam kereta. Tak lama lepas tu husband call kata kami dah boleh check-in dan dia nak pegi parking kereta, dia suruh fiza bawa noah dan wife adik ipar turun dulu masuk ke lobby hotel. Kami pun masuk la dan bila buka je pintu hotel tu .. terus WOW!

adudu menyesal judge macam-macam tadi.haha! Cantikk korang dan paling best hotel dia macam klasik dan unik dengan sususan dan dekorasi yang rare.


Noah pun sama naik excited . Ni bahagian depan sebelum masuk ke pintu lobby. 




Area lobby dan ruang untuk menunggu. Kerusi dia payah nak jumpa kat tempat lain tu, heee. Dan part yang  buat noah teruja ialah bila dia nampak ada kolam ikan di bahagian luar berhadapan dengan lobby hotel ni,



Untuk ruang makan pula tidak disediakan makan secara buffet dah bagi mematuhi SOP disebabkan covid, so kalau korang nak breakfast staff akan berikan menu dan korang boleh pilih satu main menu dia. Makanan cereal dan dessert boleh ambil sendiri di ruang yang disediakan. 


Meja makan yang disediakan pun tak banyak. Waktu fiza datang ni pengunjung tak ramai, mungkin mereka hadkan dan sebab tak ramai maka keselesaan waktu makan memang 100% uols!




Mirror selfie is a must! Kat hotel banyak port cantik nak bergambar tau! ni baru kat ruang lobby tak masuk dalam bilik lagi. Tempat parking kereta pun dekat je dan selamat. Settle menjelajah di ruang lobby, jam 3.30pm kami pun dapat la kunci dan boleh la check-in. 

Jom lah kita ke bilik. Tak sabar nak tengok bilik pulak .hee


Sebelum sampai ke bilik, ada pintu depan yang nak masuk kena guna pass bilik. Dalam ni kalau tak silap ada 6 bilik kot..ke 4 eh.. lebih kurang macam tu tapi memang tak banyak. dan.. ni gambar dalam bilik kami.








Bilik luas dan bersih! Lepas rehat dan solat, aktiviti seterusnya ialah fav Noah.. 


swimming! btw, apa yang bestnya juga di sini, swimming pool ni kita tak bercampur dengan orang lain waktu mandi. Masa nak check-in buat appointment siap-siap pukul berapa kita nak guna swimming pool dan setiap bilik akan dapat masa 1 jam . So memang heaven sungguh lah . Fiza pun tak segan nak berenang gaya apa pun. Haha


1 Jam tu dah lama bagi fiza, Noah pun puas mandi. Kolam dia bersih sangat dan terbaik! Ohh satu lagi, dia takde kolam untuk kanak-kanak ya so kalau mandi dengan anak kena jaga elok-elok sebab air tu dalam, paras dada dewasa. 

Kami duduk sini satu malam je sebab benda tak plan kan. So korang kalau datang Melaka, fiza rekomen sangat untuk koranmg bermalam disini. SOP memang dijaga dan rating keseluruhan untuk hotel fiza ni fiza bagi 9/10 !

Lokasi Hotel : 
Treasure Hotel & Suites, 108 Jalan Bendahara, 
Melaka City, 75100 Melaka.
Telefon : 06-7755151





Comments

  1. cantiknya hotellll,lama tak gi melaka,last masa mera kawin ....

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤