Assalamualaikum .
Hai!
Cerita dua minggu lepas yang sangat buat hidup fiza huru-hara bila kad debit Maybank hilang tak tahu samada salah letak atau jatuh kat mana-mana. Kad debit korang oikk, penting dia sama level macam IC dah. Tambahan pulak fiza ni memang jenis cashless, semua benda beli guna kad je. Mula tu memang fiza tak perasan langsung pasal kehilangan dia, sampai la waktu hari gaji dan fiza masuk ke mesin ATM nak keluarkan duit, bila sampai turn fiza nak cucuk kad tu, cari kad tak jumpa dalam beg duit. Ya Allah.. kad tu tak pernah beralih tempat selain kat dalam beg duit je :( Terus murung. Lepas tu teringat semalam masa shopping kat AEON Big, beg duit ada terjatuh depan kaunter dan semua kad dalam tu terkeluar. Mungkin masa kutip balik kad, kad debit Maybank ter'miss' , terpelanting sampai bawah kaunter agaknya.
Fiza ambil masa 2 hari jugak la untuk buat kad baru memandangkan kebetulan waktu tu orang tengah ramai berurusan untuk BPN, so bank memang penuh giler. So entry kali ni fiza nak share dengan korang yang mungkin ada yang senasib dengan fiza, prosedur untuk ganti balik kad Maybank yang hilang/rosak.
Pertama sekali bila tahu kad hilang, korang call bank di talian hotline 1-300-88-6688 dulu untuk sekat akses kegunaan kad tersebut. Perlu ingat ya, sekarang kad debit ni kita dah ada opsyen wave, so kalau sesiapa jumpa dan guna buat shopping senang-senang je wave. Jadi penting untuk terus call bank dan sekat penggunaan kad tu.
Untuk gantikan kad ATM yang hilang dan nak buat baru, tak boleh buat secara atas talian ya, memang kena hadir sendiri berurusan ni bank. Jadi untuk elakkan korang buang masa lama di bank, sila lah datang awal. Musim PKP ni kebanyakkan bank buka jam 9.00 pagi, so fiza sarankan korang datang jam 8 lebih untuk beratur. Tu pun silap-silap dah penuh orang berbaris. Waktu berbaris tu jaga la jarak, jangan ambil mudah pasal SOP ya =)
Bila dah sampai giliran, ambil nombor dan tunggu nombor kita di panggil. Oh ya, korang tak perlu nak bawa salinan IC ke apa, cukup bawa diri dan IC sahaja. Urusan di kaunter dalam lebih kurang 10 minit je dan lepas tu korang akan dapat kad yang baru. Bayaran yang dikenakan adalah RM12 dan akan ditolak daripada akaun simpanan korang.
Kalau dulu, bila buat kad debit baru kita punya maybank2u pun kena set baru kan, tapi sekarang tak perlu dah. Segala urusan boleh dibuat seperti biasa, sangat memudahkan. Fiza hari tu dapat kad lain sikit dari yang biasa tu, kad team bola gais. haha
Fiza tak request pun nak kad team bola, tahu-tahu siap pegawai bank tu bagi yang ni. Ambik jelah janji boleh guna. Ok korang, itu jelah prosedur yang fiza kena buat waktu nak tukar kad yang hilang hari tu. Senang je cuma disebabkan PKP kita kena korbankan masa dan tenaga sikit untuk beratur :)
hilang kad bank ok lagi bg kak sue,jgn hilang ic,aduiii sakit palo nak bayor huhuuu time sekolah boleh la diskaun student,dah tua bangka ni bayar denda beratus la jawabnya huhuuu
ReplyDeleteCantik kadnya. Masa saya hilang kad dulu boleh buat secara atas talian. Tapi tu beberapa tahun lepas la. Tak tahu kenapa dia mansuhkan kemudahan tu. :)
ReplyDeleteMasih ada. Pergi di ruangan "SETTINGS", Then pilih "CARD", Pastu pilih "REPLACED/ACTIVATED/BLOCK"... Then isi la maklumat kat dlm tu nak hantar di alamat mana. Maybank akan charge RM 12 utk setiap pembaharuan.
DeleteMasih ada. Pergi di ruangan "SETTING", Then pilih "CARDS", lepastu pilih "REPLACED/BLOCKED/ACTIVATE".. then dalam tu isi alamt kad nak dihantar. Maybank akan cas RM 12 untuk setiap kad yg kita buat. Selamat mencuba
ReplyDeleteA fast Internet look for "credit fix administration" yields 13 million outcomes. It is a major business! Yet, what precisely does a credit fix administration do? The cases can appear unrealistic.Financial Goals
ReplyDeletestrong credit repair