Teringin Bercuti Ke Melaka Lagi

 Assalamualaikum .

Hello =)

Hari ke-4 PKPB di kawasan tempat fiza tinggal, Putrajaya. Rasa bebas la sikit sebab dah boleh keluar lebih 2 orang dalam kereta. Kalau tak sebelum ni 2 orang je so memang kami tak keluar pegi kemana-mana selain untuk kerja dan beli barang keperluan je. Noah pun nampak la dia dah bosan sebab takde aktiviti luar, tak outing. Sabtu lepas bila dah start PKPB terus fiza ajak husband bawa noah jalan-jalan kat sekitar tasik Putrajaya . Tak jauh pun. 

Nasib baik Putrajaya ada Tasik, boleh la berangan macam duduk kat tepi pantai

Sebenarnya fiza dah rindu sangat nak travel. Sekarang dah masuk bulan Februari 2021 dan tahun ni masa banyak habis kat rumah je, huwaaa bosan. Noah pun dah mula mengajak mama jalan-jalan, kejap ajak pegi main pasir kat pantai, lepas tu ajak mandi waterpark, tak lama lepas tu ajak pegi tengok tiger pulak. Dia ajak pergi semua tempat yang dia pernah pergi sebelum ni. Ohh bila la boleh rasa selamat ke mana-mana seperti dulu. 

Kalau bab nak pilih tempat untuk bercuti  biasa fiza yang akan tentukan cuma kami akan bergilir la ikut tempat kesukaan masing-masing. Husband suka tempat sejuk, fiza pulak suka pantai. So kalau kali ni kami ke cameron ke, next pilih ke tempat yang ada pantai pulak macam Melaka. Ohhh sebut Melaka ni rasa nak terbang terus pegi la. bestnyaa.

Fiza paling teringin nak ke Melaka lagi, ya Melaka adalah antara tempat yang fiza suka untuk staycation sebab lokasinya yang tak jauh dengan Putrajaya, so kalau nak rehat hilangkan stress kerja waktu weekend dan lari kejap dari kesibukan kota, Melaka ialah tempat yang paling tepat bagi fiza . Kenapa? sebab Melaka ada pantai yang pasti akan buat Noah teruja. Lagipun banyak tempat menarik untuk dilawati disini dan bila dekat, bajet pun tak banyak habis :) Makanan pun sedap-sedap dan paling fiza tak pernah lupa untuk beli ialah Kuih keria dan coconut share Batu Berendam, fuhhhh paling sedap!

Part nak pilih hotel pulak biasa husband la pilih dan fiza kena akui setiap kali bercuti, kalau hotel tu dia yang pilih memang terbaik. Untuk plan bercuti selepas habis je PKP/PKPB ni fiza dah mula survey dah hotel mana yang fiza dan keluarga nak tinggal bila datang ke Melaka nanti. Masa duk survey tu fiza jumpa ada satu hotel ni menarik perhatian fiza dan rasa macam 'ehh, best laa duduk sini' Sebab apa? korang tengok view dia,


omaigad, kenapa sebelum ni fiza tak tahu ada hotel yang view dia cantik boleh nampak Malacca River ni . Ni kalau malam comfirm lagi lawa! sambil tengok pemandangan cantik bandar Melaka, sambil relakskan minda . ok dah makin tak sabar nih! Ohh lupa nak share, hotel ni nama dia The Pines Melaka dan lokasinya adalah betul-betul dalam bandar Melaka. Bila baca review ramai yang berpuashati dan selesa dengan bilik yang disediakan. Kemudahan yang disediakan pun banyak dan ada swimming pool! Noah comfirm suka. 

Hotel ni dah masuk dalam senarai untuk staycation kami nanti. Harga masih dalam budget lepas tu hasil carian google yang fiza buat, banyak tempat makan yang sedap-sedap berdekatan dengan hotel ni. Lokasi hotel dengan Bandar Hilir pun cuma dalam 1km lebih je dan dekat juga dengan Jonker Street Night Market.  

So korang yang dah bosan kat rumah tu apa kata survey cepat-cepat tempat mana yang korang nak bercuti dengan keluarga nanti bila kita dah 'bebas' nanti. Fiza dah ada senarai tempat fiza nak bercuti, tunggu kerajaan umum boleh rentas negeri je ni. Haha. Semoga covid ni cepat la berlalu, rindu sangat dah dengan kehidupan yang dulu. Amin.


Comments