Pilihan Destinasi Percutian Paling Menarik

 Assalamualaikum.

Hello !

Bila kerajaan umumkan yang kita semua dah boleh rentas negeri, fiza antara mereka yang bersorak kegembiraan tau. Rasa macam Allah..leganya boleh keluar dari sangkar. Boleh berjumpa dengan keluarga, boleh balik kampung dan boleh bercuti yayy!. Musim virus covid-19 ni memang membimbangkan untuk kita keluar rumah, tapi sampai bila nak kena berkurung kan? Apa yang penting sikap berhati-hati tu perlu berada pada tahap paling tinggi dan sentiasa patuhi SOP. Dan yang paling penting dah vaksin sepenuhnya =)

Plan fiza bila dah boleh rentas ni of course la nak balik kampung dulu, jumpa family yang dah lama tak jumpa. Lepas tu baru fikir nak staycation kat mana-mana pulak dan macam biasa bila bab bercuti, fiza la yang akan uruskan semua kecuali bab keluarkan bajet je. Yang bab tu husband handle. hee. Noah pulak dialah yang paling excited. Husband fiza sekarang ni sejak ada noah, dia tak kisah bercuti ke mana asalkan fiza dan noah happy .gituuu. Dan yang bestnya, noah ni sebijik ikut fiza, sukaaaa sangat pantai!

Sepanjang PKP tu, boleh dikatakan dalam sehari mesti fiza survey tempat percutian yang menarik yang boleh fiza pergi bila dah boleh rentas negeri. Banyak betul ada dalam senarai wishlist tahu tak. haha! Sebenarnya dalam senarai wishlist tu banyak tempat yang fiza dah pergi sebabnya semuanya tempat fav fiza kalau bercuti cuma ada satu tempat je yang dah lama teringin nak pergi tapi masih belum tertunai lagi walaupun dekat je iaitu ke Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan. Bila sebut Lexis Hibiscus mesti dalam kepala dah terbayang kan macam mana heaven-nya tempat tu.

Kenapa Lexis Hibiscus?


Sebab fiza suka laut! kalau orang yang kenal fiza memang tahu la macam mana fiza 'obsess' dengan pantai . Korang bayangkan bila nak tidur terbuai dengan bunyi ombak dan bila bangun pagi dikejutkan juga dengan bunyi ombak pantai. Lepas tu boleh rileks dalam bilik, dengan pemandangan sunset dan sunrise sambil di sapa angin sepoi-sepoi bahasa. Cukup pakej! Ya Allah tenang dan bahagianyaa la. Haishh tak sabar nih. Gambar-gambar yang fiza kongsikan ni semua fiza ambil di website Lexis Hibiscus tau. Tunggu dah pergi nanti baru share balik dengan gambar sendiri pulak =)




Kedudukan setiap bilik yang dibina di atas atas air tu buatkan Lexis Hibiscus ni sangat unik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri . Susunan setiap bilik juga dibina seperti kelopak bunga kalau dilihat dari sudut atas. Ahh cantik! Fiza rasa la kan, semua orang ada keinginan nak bercuti kat sini, tambahan pulak untuk orang yang selalu 'stress' kerja macam fiza ni. Kerja asyik kena fikir masalah orang je so bila ada peluang boleh rilekskan minda dengan tengok panorama indah mesti zasss comfirm terus 'clear' semua tekanan. 

kredit photo : Website lexishibiscuspd

Selain tu, korang mesti tahu kan Lexis ni terkenal dengan private swimming pool yang dibina di dalam setiap bilik. Kita nak berenang sesuka hati tak kira waktu dan macam mana pun takde siapa kisah. Dah la tu boleh berangan macam berenang kat laut uols, view laut kan. fuhh ni kalau staycation kat sini comfirm tak keluar bilik dah. Berendam je dengan noah dalam pool tu.haha . Setahu fiza dengan rekabentuk yang menarik ni, Lexis Hibiscus dah pegang rekod dunia iaitu Guiness World Record! hebat kan. Rugi kalau kita tak merasai keseronokkan tempat bercuti dalam negara kita sendiri yang dah pegang rekod dunia. 



Tengok la pool dia tu, heaven betul la. Berenang dalam pool sambil dengar bunyi ombak sebagai halwa telinga. Hasil daripada apa yang fiza dah survey, di sini ada lebih kurang sebelas jenis bilik dan suites yang kita boleh pilih mengikut kedudukan di mana-mana bahagian yang berbentuk kelopak bunga raya tu. Nanti bila fiza datang sini, pilihan fiza semestinya bilik jenis Executive Pool Villa yang terletak di kedudukan berbentuk daun dan kalau tengok harga pun bilik ni yang paling murah. Tu pun dah luas dan selesa sangat dah untuk kami bertiga nanti. 




Selain keselesaan penginapan yang dijanjikan di setiap bilik, pelbagai kemudahan juga disediakan. Ni silap-silap boleh bawak lagi family member lain join kami. Fiza rasa la kan rates kat Lexis Hibiscus ni memang berpatutan la dengan segala kemudahan dan keunikan yang ada disini. 

Ok sekarang ni bila tengok balik gambar-gambar kat atas tu fiza dah makin tak sabar ni nak set masa untuk staycation di Lexis Hibiscus ni. InsyaAllah awal tahun depan fiza tunaikan wishlist ni. Korang doakan jugak eh! 


Comments

  1. Saya pun suka stay kat Lexis Hibiscus ni sebab ada pool dalam bilik - privasi sangat

    ReplyDelete
  2. Cantik dan nampak relaxing je kan. Hari tu Tini pun ada juga recce, nantilah, kena kumpul tabung holiday nih. Jom sama-sama doakan semoga wishlist dapat direalisasikan ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤