TAMBAH SELERA MAKAN ANAK DENGAN BONNISAN HIMALAYA

 Assalamualaikum 

Hi Korang!

Sebagai ibu, fiza sebolehnya akan cuba yang terbaik dalam memastikan pemakanan noah terjaga dan cukup dengan nutrisi yang diperlukan mengikut tumbesaran dia. Dalam dua tiga minggu lepas fiza perasan noah kurang makan dan kalau dia macam taknak bila fiza nak bagi makan even makanan kegemaran dia. Risau sangat. Dah la masa buat check-up 4 tahun hari tu nurse cakap berat noah naik sikit je berbanding tinggi dia dan kalau berat tak naik banyak mungkin bmi noah tak seimbang nanti :)

Fiza dah dengar macam tu lagi la risau. So untuk penyelesaian dan usaha nak bagi selera noah kembali macam biasa dan biar lebih lagi fiza pun bagi noah produk keluaran HIMALAYA iaitu Bonnisan. Dulu fiza pernah bagi noah minum Bonnisan ni dan berkesan so sebab tu kali ni bila datang lagi masalah yang sama fiza tak fikir yang lain dah memang bagi Bonnisan je.



Kenapa fiza kata Bonnisan ni bagus? Ok antara sebab utamanya :

- Membantu menaikkan selera makan anak-anak

- Mengurangkan gas dan masalah kembung perut 

- Bagus untuk sistem pencernaan dan penghadaman anak

- Membantu tumbesaran anak yang sihat

- Kandungannya menggunakan bahan yang dijamin selamat


Cara pengambilan pula mengikut umur anak,

Umur 1 tahun - 2 sudu teh 3 kali sehari

Umur 2 tahun dan ke atas - 2-3 sudu teh 3 kali sehari

Goncang dulu sebelum minum dan seeloknya ambil selepas makan. Tak perlu simpan dalm peti ais. 



Satu yang fiza syukur sangat sebab noah ni seorang yang senang makan ubat. Macam Bonnisan ni rasa dia manis-manis dan berangin jadi takde masalah untuk noah minum. Masa nak bagi ni fiza pancing jugak cakap noah nak kuat dan strong macam king kong tak? kalau nak jom minum vitamin dulu. heee dengar je macam tu terus nak la dia.



Untuk mendapatkan kesan yang baik, pengambilan Bonnisan ni kena konsistant ya, macam untuk noah, fiza bagi 3 kali sehari dan dalam masa kurang seminggu je lepas tu nampak dah perubahan, selera bertambah dan perut dia cepat je lapar, kadang ada juga makanan yang dia tak suka tapi dia cuba makan. Sebagai ibu, of course fiza yang paling happy!. Bila dah makan banyak, nak membuang pun senang. Mommies kena ingat ya, kesan pengambilan ni mungkin berbeza bagi setiap anak. 

Korang boleh dapatkan Bonnisan ni di mana-mana farmasi atau klik ke link Instagram dibawah :

Instagram @himalayamalaysia


Comments