Assalamualaikum .
Hi!
Tahun 2022 ni banyak yang dah perlahan-lahan kembali seperti biasa. Dua tahun kita terpaksa bertahan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 dan akhirnya bermula April nanti bermula fasa baru, endemik. Maksudnya, semuanya normal kecuali terpaksa 'hidup' dengan covid-19 ni. Entry kali ni fiza bukan nak borak lebih pasal virus ni, tapi teruja nak kongsikan dengan korang pasal Buffet Ramadhan yang fiza pergi minggu lepas ni MZ Cafe Bangi. Dan selepas dua tahun, buffet ramadhan kembali memeriahkan suasana untuk kita berbuka puasa. Alhamdulillah.
Lokasi restoran ini terletak di Jalan Sungai Merab Bangi dengan keluasan kawasan 15,000 sqft yang mampu memuatkan sehingga 800-1000 pax orang dalam satu masa. MZ Cafe ini bukan sahaja sebuah restoran biasa tetapi turut menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis seperti pakej perkahwinan, pakej open house, pakej harijadi, pakej pertunangan dan macam-macam lagi lah. Berbalik kepada Buffet Ramadhan di restoran MZ Cafe Bangi ni, buffet ni diadakan di dalam dewan Marquee Tent yang berkonsepkan ala taman lengkap dengan kemudahan surau dan tandas yang selesa serta mempunyai air cooler yang takkan buat kita panas dalam tu.
Waktu pertama kali fiza melangkah masuk ke dewan ni, mata terus terpukau dengan susun atur dalaman yang sangat menarik, kemas dan nampak sangat exclusive. Penuh dengan bunga-bunga dan betul-betul rasa macam dalam taman. Mata dah dijamu dengan dekorasi yang cantik, maka perut pun gembira la nak menikmati hidangan pula :)
Untuk berbuka puasa dengan tema Citarasa 1 Malaysia di buffet ramadhan MZ Cafe ni korang boleh menikmati pelbagai jenis hidangan samada nak masakan melayu/kampung atau nak yang jenis western, nak makanan berat atau nak hidangan ringan, semua jenis makanan ada. Fiza bukan cakap kosong ya, fiza dah rasa sendiri makanan di sini dan semuanya sedap-sedap! paling teringat rendang ayam dan lemang, fuhhh sedap betul.
Ini adalah antara menu utama dan side dish yang ada untuk buffet ramadhan nanti. pelbagai jenis lauk-pauk seperti udang sambal, ayam masak lemak cili padi, terung berlado, ikan asam pedas, paru berlado, nasi beriani dan ayam , sup ayam, sayur campur, bubur lambuk, cicken chop, kambing bakar, roti john, lemang, rendang ayam dan daging, nasi impit dan banyak lagi.
Sebagai pencuci mulut pula ada pelbagai jenis juga seperti kek marble, cendol, cheese tart, kek coklat, agar-agar, kuih talam, bubur kacang, coklat dan lain-lain yang pastinya semua menyelerakan.
Harga Normal :
Dewasa : RM65 , Kanak-kanak RM35
Comments
Post a Comment
Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)
❤Love to be loved❤