Buffet Ramadhan 2022 Murah Dan Sedap di Bangi Golf Resort

 Assalamualaikum .


Hello =)

Ramadhan 2022 bakal menjelma tak berapa lama je lagi. Kejap sangat rasa masa berlalu, pejam celik pejam celik dah bulan Mac lepas tu puasa dah. Tahun ni paling awal puasa start bulan April. Bila tiba bulan Ramadhan selain beribadat sebaiknya, semestinya waktu untuk berbuka adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh kita semua yang beragama Islam. Mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan Ramadhan ini juga pada tahun ini  Bangi Golf Resort (BGR)  sekali lagi ingin mengajak orang ramai dengan membawa semangat 'balik kampung' untuk Iftar Together-Gather dengan insan-insan tersayang menikmati hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan di Restoran BGR. 2 tahun dah korangg BGR tidak mengada Buffet Ramadhan akibat pandemik dan tahun 2022 ni mula balik, fuhhh fiza pun teruja!

Menu Tarikan Menambat Selera Pengunjung


Untuk Ramadhan tahun ini, para chef BGR akan terus membawakan hidangan yang enak dengan ramuan berkualiti tinggi  dan  mengekalkan hidangan yang menjadi tarikan seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Bakar, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Tick Chocolate Sauce.








Untuk Buffet Ramadhan kali ini juga BGR turut memperkenalkan hidangan baru seperti Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japaness Beef Curry, Tom yum Seafood, Pad Kra Pao, Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers yang pastinya akan membuatkan korang tak menyesal menjamu selera disini! Korang jamu mata dulu tengok hidangan dia. 















Seperti tahun-tahun yang sudah, salah satu tarikan untuk orang ramai yang membanggakan buat Restoran BGR ialah hidangan dengan menggunakan hasil tanaman yang ditanam sendiri di ladang oleh chef mereka terutamanya yang digunakan untuk masakan makanan Melayu Tradisional. Nasi kerabu yang kita makan tu, ulam-ulam organik dipetik sendiri oleh chef-chef BGR tau, patut la fresh je ulaman dia dan warna biru nasi kerabu tu pun warna semulajadi bunga telang yang ditanam di ladang mereka.
Menarik kan.


Menyelerakan sungguh nasi kerabu ni. Korang wajib cuba.

Selain hidangan 'berat' BGR juga terkenal dengan pencuci mulut yang pelbagai jenis dan rasa. Pengunjung yang hadir pasti tak sabar untuk mencuba semua jenis dessert yang disediakan. 














BGR merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima sijil HACCP untuk ruangan dapur yang mana kita tidak perlu risau lagi dengan Halalan Toyyiban, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.

Bagi memudahkan pelanggan juga, BGR telah menyediakan 800 lot parkir kereta percuma serta ruangan surau yang cukup besar untuk pelanggan lelaki dan perempuan. Memandangkan sekarang kita berdepan dengan situasi Covid-19, BGR juga tegas dalam mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM dengan mengurangkan sebanyak 50% tempat duduk daripada kapasiti asal dan mengekalkan jarak sosial ditempat makan dan buffet. Syarat lengkap 2 dos vaksinasi juga ada wajib untuk memasuki premis.

Info Lanjut

Harga : 
Dewasa : RM60  , Kanak-kanak RM30 (tertakluk 6% SST)

Tempahan dalam talian :

Alamat :
No.1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
(koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E)

Tempahan dan Pertanyaan :
1700-821-457

Email :
enquiry@bgrrest.com

Facebook :

Instagram :



Comments