Pembayaran Zakat Korporat Sebanyak RM200,000 Oleh McDonald’s Malaysia Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Assalamualaikum.

Hi korang, masih dalam mood raya lagi tak tu? Fiza selagi tak habis daging korban ni, selagi tu mood raya ada, heee. Masa balik kampung untuk raya aidiladha baru-baru ni selain balik beraya, fiza juga berpeluang menghadiri satu majlis pembayaran zakat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Majlis ini diadakan pada 12 Julai 2022 bertempat di McDonald’s cawangan Kubang Kerian, Kelantan.
 


Dalam majlis tersebut pihak McDonald’s Malaysia telah membayar zakat korporat berjumlah RM200,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), serta turut melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan daging korban kepada golongan asnaf dengan kerjasama MAIK. 

Kalau korang nak tahu pembayaran zakat korporat kali ni merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar kepada negeri Kelantan sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat korporat pada tahun 2017, sejak diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi. Dan untuk info juga, sehingga tahun ini, 

McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat mula membayar zakat enam tahun yang lalu. Alhamdulillah, jadi teruslah menyokong McDonald’s Malaysia ya korang :) 



Majlis pembayaran zakat korporat dan sumbangan korban ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua MAIK, yang juga menghadiri majlis sebagai penerima sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia daripada Dato’ Azmir Jaafar, yang merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Selain itu, dalam majlis yang sama McDonald’s Malaysia juga telah mengagihkan daging korban dan sumbangan duit raya kepada wakil keluarga asnaf yang turut diraikan bersama. Sehingga kini McDonald’s Malaysia telah menyumbangkan 22 ekor lembu bagi ibadah korban di beberapa negeri dan daripada jumlah itu 12 ekor adalah khusus bagi negeri Kelantan sahaja, iaitu yang terbanyak setakat ini. Pembahagian daging telah diagihkan kepada golongan asnaf yang telah dikenal pasti oleh pihak MAIK dikalangan rakyat negeri Kelantan.



Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Melalui sumbangan ini semoga tidak ada golongan asnaf yang tercicir dan turut sama dapat merasai nikmat hari raya korban. Fiza cukup terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Mcdonald’s Malaysia ni dan perasaan tu jadi kuat mungkin disebabkan fiza merupakan anak jati Kelantan. Turut bahagia melihat mereka gembira :)

Untuk info, selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen Halal serta penglibatan dalam aktiviti Halal dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.



TERIMA KASIH McDonald’s Malaysia !


Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤