(REVIEW) LUCCA VUDOR - Jenama Kasut Kulit Yang Selesa Untuk Wanita

 Assalamualaikum .

Hi!

Dalam dua minggu lepas fiza tiba-tiba rasa tak selesa kat tumit kaki dan belakang ni dan fiza syak punca dia mungkin daripada kasut yang fiza pakai. Kesilapan memilih kasut juga tak bagus untuk kesihatan diri ya, terutama dalam menjalankan aktiviti seharian yang memerlukan kita berjalan untuk jangka masa yang lama atau jauh. Fiza survey la beberapa jenis kasut yang selesa dan dalam masa yang sama jenis trendy dan sesuai nak sepadankan dengan pelbagai outfit dan akhirnya jumpa dengan jenama kasut Lucca Vudor, jenama kasut popular di Singapura.




Kenapa kasut Lucca Vudor menjadi pilihan?

1) Lucca Vudor mempunyai pelapik khas di bahagian dalam dengan kusyen tambahan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesakitan bila kita berjalan untuk tempoh yang lama. 

2) Kesemua kasut Lucca Vudor diperbuat daripada kulit yang paling lembut yang membolehkan kita tidak memrlukan masa yang lama untuk pakai kasut dan ia membentuk bentuk kaki  dengan lebih cepat. 

3) Dapat mengelakkan berlakunya kekejangan kaki kerana kasut ni lebih lebar sedikit daripada saiz bentuk kasut biasa. 

4) Lucca Vudor mempunyai tukang kasut yang terlatih dalam mencipta bentuk kasut yang seimbang bagi mengurangkan kesakitan ketika berjalan.

5) Rekaan kasut yang sangat terkini dan kebanyakkannya sangat sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis outfit sama ada untuk aktiviti luar atau bekerja.



Tengok la macam mana cantik jahitan tepi dia, kemas dan kukuh. Waktu kasut ni sampai dan tengok depan mata fiza dah terus jatuh cinta, serius cantik dan nampak elegant bila pakai. Bila pakai kasut Lucca Vudor ni rasa ringan je kaki dan paling penting SELESA!. Korang pernah terfikir tak kenapa kulit tidak pernah ketinggalan zaman dan menjadi pilihan dalam pembuat kasut? Ya sebab keselesaan, dan keutamaan pembuatan kasut Lucca Vudor ni adalah menggunakan kulit lembu/kambing yang berkualiti tinggi. 

Jenis kasut yang diperbuat daripada kulit mempunyai keselesaan yang sangat berbeza daripada kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik atau kulit tiruan. Kasut  kulit boleh menampung bentuk kaki kita dan memberi laluan kepada sokongan tambahan. Kaki juga takkan rasa keras dan boleh bernafas sepenuhnya. Bila macam tu, masalah kekejangan atau kebas pada kaki akibat pemakaian kasut pun tiada.

Selain itu, kasut jenis ini juga tahan untuk tempoh yang lama kerana kualitinya yang terbaik. Bagi fiza penjimatan sebenar adalah bila kita beli kasut yang berkualiti dan tahan bertahun. So tak perlu nak tukar kasut banyak kali sebab rosak :) Harga premium sesuai dengan kualitinya yang premium. Nilai kasut kulit dari segi rasa fesyen juga kekal tidak berubah pada bila-bila masa. Kasut kulit boleh dipadankan dengan pelbagai gaya berpakaian atau majlis. Walaupun menggunakannya selama bertahun-tahun ,orang masih akan menganggap kita bergaya!

Apa yang membezakan kasut jenama Lucca Vudor dengan jenama kasut lain? Korang tengok kat bawah,



Bagi fiza yang bukan dalam golongan wanita yang suka dengan kasut tumit tinggi, kadang-kadang memang rasa tak sesuai nak padankan kasut dengan outfit tertentu, ada outfit yang cantik bila dikenakan dengan heels tapi bila pakai Kasut Lucca Vudor semua rasa sesuai . Sepasang kasut untuk semua outfit, yang penting pilih warna yang bersesuaian:)


So korang kalau pening nak memilih kasut yang sesuai dan mementingkan keselesaan, fiza rekomen mencuba jenama ni. Untuk dapatkan kasut Lucca Vudor ni korang boleh walk-in ke outlet mereka di Malaysia yang terletak di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya atau nak senang beli je melalui website mereka di https://luccavudor.com .



Comments