BELI SEMUA KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Pejam celik pejam celik, bulan mac 2024 ni Noah anak soleh fiza dah masuk darjah 1 dah. Bila anak pertama kali nak jejakkan kaki ke alam persekolahan sudah tentu fiza sebagai ibu yang paling teruja. Tak sabar nak beli barang sekolah anak sendiri sebab sebelum ni setiap tahun fiza tak pernah gagal sediakan barang sekolah adik dan tahun ni adik dah SPM jadi fiza sambung beli untuk anak sendiri pulak .hehe


Kelengkapan sekolah Noah semua fiza beli kat Pusat Pakaian Hari-Hari je sebab kat sini semua ada jadi senang tak perlu nak ke sana sini. Dekat sini memang port la untuk fiza cari barang sekolah sejak dulu lagi untuk adik fiza pun sebab apa? Sebab di Pusat Pakaian Hari-Hari ni dia macam one stop center untuk semua kelengkapan sekolah. Korang datang je sini, nak cari pakaian sekolah, bag, kasut atau alat tulis pun ada. 




Fiza datang ni yang cawangan Kajang, waktu sampai tu terus ke bahagian kasut nak cari kasut dulu sebab risau la jugak takut saiz noah dah habis. Banyak ya pilihan kasut sekolah yang ada dan saiz kasut pun banyak lagi ada. Nak yang jenis fabrik ada, yang jenis pvc pun ada. Fiza belikan noah sepasang dan noah cakap kasut tu sangat selesa, siap test berlari pakai kasut dalam kedai ehekk, punya la risau takut tak sedap pakai. Selesai pilih kasut, beli stoking pulak.



Selesai part kasut, cari baju dan seluar sekolah pulak. Antara sebab kenapa fiza suka dari dulu shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni ialah sebab staf dia semua sangat peramah dan sangat membantu kita nak cari apa yang kita nak, korang yang pernah ke sini pun mesti familiar dengan cara staf sambut kita waktu kita melangkah masuk ke kedai kan "selamat datang ke Hari-Hari' :) 





Cutting baju dan seluar terletak elok je ikut saiz Noah, tak perlu nak alter apa-apa dah. Uniform sekolah kat sini ada pelbagai pilihan jugak, so kalau anak korang pengawas atau nak beli uniform KAFA pun ada dijual. Bag sekolah pun ada banyak design menarik untuk umur-umur Noah, happy dia memilih bag. Noah dah besar dah, dah pandai buat pilihan sendiri :)


Alhamdulillah, selesai semua kelengkapan sekolah Noah tahun ni. Untuk info, Pusat Pakaian Hari Hari ni ada banyak lokasi di seluruh Malaysia, korang boleh check lokasi dia dekat website dibawah dan kalau rasa lokasi tu jauh dengan tempat tinggal, korang boleh juga membeli secara atas talian. Fiza sangat sarankan untuk mommies beli barangan sekolah anak kat sini sebab kualiti barangan dan pakaian sekolah disini sangat bagus walaupun harganya murah berbanding di tempat lain. Jimat duit dan hati pun senang, gituu :)

Pembelian Online :-

Shopee : Beli di Shopee
Lazada : Beli di Lazada

Selamat bersekolah anak-anak! 


Comments